Penularan COVID-19 di seluruh dunia ternyata membawa kepada satu keadaan ekonomi yang tidak menentu – ramai yang dibuang kerja sekaligus meningkatkan kadar pengangguran.

Untuk mereka yang masih lagi bekerja, bersyukurlah dan laksanakan tugasan anda itu sehabis baik, seperti anjing comel ini.

SG BlackMarket/Facebook

Anjing baka Pomeranian ini juga tidak terkecuali untuk terus bekerja keras dalam meneruskan kehidupannya ketika pandemik ini melanda.

Pada 12 Julai lalu, akaun SG BlackMarket di Facebook ada berkongsi beberapa foto anjing comel ini melakukan kerjanya…

SG BlackMarket/Facebook

“Keadaan ekonomi tidak berapa bagus sekarang. Jadi saya perlu lakukan kerja tambahan untuk bantu meringankan beban keluarga saya. Ada kerja maka tiadalah kemiskinan”, tulis akaun Facebook itu.

SG BlackMarket/Facebook

Tugas sebagai penghantar barangan mahupun makanan bukanlah satu kerja yang mudah ya! Ini kerana aspek seperti cuaca, ragam pelanggan selain tempoh bekerja yang lama juga perlu diambil kira.

SG BlackMarket/Facebook

Apatah lagi apabila ianya dilakukan oleh si penghantar comel berbulu putih ini. Mesti keletihan anjing tersebut melakukan kerjanya. Lengkap dengan uniform lagi!

SG BlackMarket/Facebook

Rajin si comel ini bekerja bukan? Setakat ini, kenyataan berserta gambar-gambar anjing itu telah dikongsikan lebih 2,800 kali dan menerima banyak reaksi daripada pengguna.

Pasti penghantar comel ini dapat banyak tip, bukan?

Haruslah kerja untuk sara diri sendiri

Nampaknya si comel ini berjaya dapatkan pelanggan seterusnya!

Mahu berjaya kenalah rajin, bukan? Jadi, sama-samalah kita contohi anjing comel ini.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular