Transformasi barangan yang sudah lagi tidak boleh digunakan kepada sesuatu yang praktikal adalah salah satu trend terkini yang sangat memberi manfaat.

Dan, salah satu contoh bagi transformasi yang benar-benar menarik perhatian ramai adalah transformasi sebuah bas usang milik Institut Pengajian Tinggi Awam, Universiti Malaya (UM), yang telah ditransformasikan menjadi kediaman kecil yang sangat comel!

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Menurut perkongsian laman SAYS, bas lama milik UM yang sudah tersadai sejak tahun 2013 ini pada mulanya sudah disyorkan untuk lupus kerana keadaannya yang sudah terlalu usang dan tidak ekonomik untuk dibaiki.

Bagaimanapun, dua kumpulan penyokong kelestarian dari UM sendiri iaitu Water Warriors dan Projek Rimba telah mengemukakan cadangan kepada pihak pengurusan UM untuk mengubahsuai dan memberi nafas baharu kepada bas ini.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

“Idea untuk mengubahsuai dan menyelamatkan bas vintaj ini datang dari mantan timbalan naib canselor pembangunan UM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan,” ulas salah seorang ahli kumpulan Water Warrior, Siti Norasiah Abd Kadir.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Dengan kerjasama daripada arkitek dan jurutera daripada Jabatan Pembangunan & Penyelenggaraan Harta Benda (JPPHB) UM, dalam masa enam bulan sahaja, bas yang usang ini telah berjaya ditransformasi menjadi sebuah kediaman bersaiz mini yang sangat comel dan praktikal.

Di bahagian dalaman rumah ini, kedua-dua pasukan yang mengendalikan transformasi ini telah memastikan penggunaan lampu LED jimat tenaga dan menggunakan sebanyak mungkin hiasan dalaman yang dihasilkan daripada produk plastik yang dikitar semula.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Disamping itu, rumah ini juga dilengkapi dengan sistem saringan air untuk singki sebagai salah satu usaha kecil untuk melestarikan alam sekitar.

Bas yang telah diubahsuai itu kini dinamakan sebagai Rumah No.2, sesuai dengan hasilnya yang lengkap mirip rumah yang praktikal untuk didiami.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah di dalam bas lama ini kini lengkap dengan bilik tidur, dapur, ruang makan dan ruang santai. Bukan itu sahaja, rumah ini juga dilengkapi dengan pendingin hawa untuk keselesaan maksimum penghuninya.

Rumah No.2 bagaimanapun telah dipindahkan dari lokasi asal iaitu di dalam kampus utama ke sebuah perkarangan rumah.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Menariknya, di kawasan perkarangan rumah ini, para pengunjung boleh sama-sama menanam dan menuai hasil sayur-sayuran serta buah-buahan yang ditanam oleh hos.

Bukan itu sahaja, para pengunjung juga berpeluang bermain dengan arnab dan ayam milik hos yang dibela di halaman belakang rumah utama.

Rumah No.2 Universiti Malaya/Facebook

Kini, anda boleh cuba mendiaminya melalui tempahan sewaan di aplikasi Airbnb. Menarik!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular