Akibat bermain permainan video dalam tempoh yang lama pada setiap hari, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun di China didiagnosis menghidap strok serebrum dan kehilangan sensasi di bahagian tangan dan lengan kiri.

Nanning Television

Penyakit yang dihidapinya itu membuatkan remaja itu tidak boleh menggerakkan tangan dan lengan kirinya, dipercayai akibat bermain permainan video selama kira-kira 22 jam sehari ketika tinggal di rumah dalam tempoh perintah berkurung pada awal tahun ini.

Remaja itu dikejarkan ke sebuah hospital di bandar Nanning selepas ditemui pengsan ketika berada di rumah.

Nanning Television

Mengulas mengenai tindak-tanduk remaja berkenaan sebelum insiden, ibu remaja berkenaan mengatakan bahawa dia tidak tahu-menahu tentang aktiviti anaknya ketika anaknya berada di dalam bilik kerana anaknya mengunci dan menutup tingkap bilik sepanjang masa.

“Kami tidak tahu apa yang dilakukannya di dalam bilik.

“Saya melihat perbualannya bersama rakan-rakannya. Dia memberitahu bahawa dia tidak cukup rehat dan hanya tidur selama dua jam sehari.”

Nanning Television

Dr Li yang merupakan pakar otak yang mendiagnosis keadaan remaja itu mengatakan bahawa penyakit yang menyerang remaja itu adalah disebabkan gaya hidup yang tidak sihat iaitu bermain permainan video dan berjaga sehingga lewat malam.

Tambahnya lagi, penyakit strok serebrum berlaku disebabkan oleh penurunan jumlah oksigen dan darah di dalam otak akibat kekurangan rehat dan nutrisi dalam badan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular