Kami pasti, ramai antara kita yang mempunyai ‘bantal busuk’ yang digunakan ketika tidur pada setiap malam sejak kita kecil lagi bukan?

Bantal busuk ini boleh dikatakan sebagai perakam memori untuk kehidupan seseorang dan untuk membuangnya, pasti bukan perkara yang mudah.

Gambar Hiasan/Unsplash

Bagaimanapun, seorang pengantin perempuan (@mammothjiro) di Jepun nampak gayanya telah membawa maksud bantal busuk ke satu tahap yang lain.

Iaitu dengan memastikan bantal busuknya atau dalam kes ini, patung lembut berbentuk dinosaur kesayangannya, hadir menyaksikan sendiri saat pemiliknya berkahwin di gereja.

@mammothjiro/Twitter

Menurut perkongsian laman ETToday, patung lembut dinosaur itu didapati telah hadir dengan sangat pantas, ketika dewan perkahwinan masih lagi kosong.

Dan semestinya, patung lembut dinosaur itu diletakkan di barisan paling hadapan, mungkin untuk memastikan agar patung itu tidak ketinggalan melihat momen bahagia pemiliknya.

Secara tidak langsung, patung pun sudah boleh menjadi tetamu kehormat, comel!

Kehadiran patung lembut dinosaur itu pertama sekali ditemui oleh paderi yang akan mengahwinkan pasangan yang bertuah itu pada hari berkenaan.

@mammothjiro/Twitter

Berdasarkan perkongsian oleh laman World of Buzz, walaupun @mammothjiro menerima tentangan daripada keluarga mertuanya untuk membawa patung lembut kesayangannya itu di dalam dewan perkahwinan, namun @mammothjiro tetap bertegas dengan keputusannya.

Mana tidaknya, wanita ini telah menganggap bahawa patung lembut itu sebagai salah satu daripada ahli keluarganya!

@mammothjiro/Twitter

Walaupun keputusan yang dilakukan oleh pengantin wanita ini agak tidak masuk akal, namun tidak dapat dinafikan kehadiran patung lembut dinosaur yang bersaiz besar ini sememangnya menceriakan lagi suasana.

Malah, patung itu juga kelihatan sangat comel, seakan-akan tidak sabar menanti detik bahagia pemiliknya!

Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada @mammothjiro dan pasangan!

Maybe you're interested :

Share

Video Popular