Apa tindakan pertama yang akan anda ambil sekiranya melihat kucing kesayangan anda berkelakuan aneh?

Sudah tentu anda akan membawa kucing anda ke klinik haiwan yang berdekatan untuk memeriksa keadaan kesihatan kucing anda. Perkara yang sama turut dilakukan oleh pemilik seekor kucing hitam yang comel bernama Kiwi.

Menurut perkongsian seorang personaliti televisyen terkenal Auckland iaitu Clarke Gayford, rakannya telah melalui satu pengalaman yang cukup kekok apabila dia tanpa sedar telah mengurung kucing jirannya selama seminggu dan memberi ubat penenang kerana menyangkakan ‘kucingnya’ itu berkelakuan aneh.

@NZClarke/Twitter

Pada awalnya, rakan Clarke telah memerhatikan gelagat kucing kesayangannya itu dan menyangkakan kucing ini berkelakuan tidak seperti biasa.

Menyangkakan ada sesuatu yang terjadi, rakan Clarke telah membawa kucing ini untuk berjumpa dan mendapatkan rawatan dengan doktor haiwan.

@NZClarke/Twitter

Menurut doktor haiwan itu, kucing berkenaan telah diberikan ubat anti kebimbangan dan meminta rakan Clarke untuk tidak membenarkan kucing tersebut keluar rumah selama lima hari.

Seperti apa yang diberitahu, rakan Clarke telah menuruti segala arahan doktor berkenaan dan keadaan berubah menjadi normal. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku…

Selepas lima hari, kucing rakan Clarke yang sebenar telah kembali ke rumahnya! Pada ketika itulah, segala persoalan yang timbul tentang kelakuan kucing yang aneh itu mula terjawab!

Rupa-rupanya, kucing hitam yang diberikan ubat penenang dan dikurung di dalam rumah selama hampir seminggu itu bukan kucing milik rakan Clarke tetapi ianya dipelihara oleh jirannya!

@NZClarke/Twitter

Pada ketika itu jugalah, barulah rakan Clarke menyedari akan perbezaan jantina di antara kedua-dua kucing tersebut. Bayangkan betapa terkejutnya rakan Clarke apabila mendapati dia telah menghabiskan sebanyak RM365 untuk rawatan dan penjagaan kucing milik jirannya! Satu peristiwa yang cukup aneh.

@NZClarke/Twitter

Kini, kedua-dua kucing hitam berkenaan telah kembali ke pangkuan tuan masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Namun, jiran terbabit sempat menghantar mesej kepada rakan Clarke untuk memberitahu betapa manjanya kucing miliknya itu kerana sentiasa mahu duduk di pangkuan dan bermain.

Masakan tidak, kucing tersebut telah diberikan ubat penenang selama lima hari, disebabkan itulah kucing itu berkelakuan manja.

Sememangnya satu kisah pertukaran antara dua ekor kucing yang cukup melucukan!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular