Siapa sangka persiapan akhir yang dibuat oleh seorang guru lelaki sebelum pembukaan semula sekolah bertukar tragedi apabila guru terbabit maut.

Ianya berlaku setelah guru terbabit dilaporkan terjatuh daripada belebas tingkat satu bangunan sekolahnya.

Paparan Skrin/Berita Harian

Insiden berkenaan difahamkan berlaku pada jam 12:30 tengah hari 14 Julai di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan.

Mangsa, Rosli Abdul Aziz yang mengajar subjek Matematik di sekolah berkenaan sejak 17 tahun lalu, disahkan maut akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Menurut laporan, mangsa ketika itu sedang memeriksa air pada setiap sinki yang terdapat di dalam kelas, berfungsi dengan baik.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Supritendan Zainuddin Md Yusuf berkata mangsa dikatakan memanjat keluar daripada dalam kelas ke balkoni belakang.

Mangsa juga difahamkan bertindak memijak kerusi plastik sebelum tergelincir pada ketinggian tiga meter.

Paparan Skrin/Berita Harian

Ketika insiden itu berlaku, mangsa berada bersama dua rakannya di balkoni berkenaan. Manakala terdapat beberapa guru lain berada di dalam kelas itu.

“Kejadian disaksikan beberapa guru dan kami dimaklumkan semua guru ke sekolah untuk melakukan persediaan sempena pembukaan sekolah esok”, kata Zainuddin.

Tambah Zainuddin, jenazah mangsa dibawa ke Hospital Tanah Merah (HTM) untuk proses bedah siasat. Kes juga diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular