Anda mahu mendapatkan ubat untuk haiwan kesayangan tetapi enggan menunggu giliran untuk bertemu dengan doktor haiwan?

Usah pening lagi kerana kini pemilik haiwan peliharaan bolehlah mendapatkan bekalan ubat-ubatan haiwan daripada farmasi haiwan peliharaan pertama di Malaysia.

Rangkaian peruncitan produk haiwan terbesar di Malaysia, Pet Lovers Centre (PLC), baru-baru ini telah membuka sebuah farmasi, yang diberi nama Vet Pharmacy.

Pet Lovers Centre Malaysia/Facebook

Menurut Pengarah Operasi PLC Malaysia, Bryan Boo, Vet Pharmacy merupakan penyelesaian sehenti bagi pemilik untuk mendapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk haiwan kesayangan.

“Matlamat Vet Pharmacy adalah untuk menawarkan perkhidmatan dan pengetahuan penjagaan kesihatan haiwan peliharaan selain membantu pemilik memahami apa yang diperlukan oleh haiwan peliharaan mereka”, jelas Bryan.

Pet Lovers Centre Malaysia/Facebook

Di farmasi berkenaan, anda boleh membeli makanan dan suplemen tambahan buat haiwan kesayangan, di samping mendapatkan nasihat perubatan asas berkaitan dengan haiwan peliharaan.

Menurut Inside Retail Asia, farmasi ini merupakan farmasi eksklusif veterinar pertama di Malaysia dan terletak di The Mall, Mid Valley Southkey, Johor Bahru.

Pet Lovers Centre Malaysia/Facebook

Vet Pharmacy juga menyediakan pelbagai jenama ubat-ubatan haiwan peliharaan yang digelar sebagai ‘Petceuticals’ oleh PLC.

Ini termasuklah ubat untuk mencegah kutu, cacing serta produk mandian seperti sabun dan syampu. Mahu ke sana? Berikut adalah alamatnya :

TM-014, 3rd Floor Mezzanine, The Mall,
Mid Valley Southkey, Persiaran Southkey 1,
Southkey, 80150 Johor Bahru.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular