Ikan lumba-lumba antara spesies yang paling mengagumkan. Kadang-kala mereka kelihatan jinak boleh bermain dan berenang bersama manusia.

Terkadang mereka juga sering menunjukkan kemahiran berenang mereka. Ramai yang menyukai spesies ini kerana fizikalnya yang comel dan lebih mesra dengan manusia berbanding  dengan hidupan laut lain.

Facebook

Ikan lumba-lumba di dalam video ini membuktikan bahawa dia merupakan spesies yang ‘mesra rakyat’ apabila dia dengan seronok dan tanpa takut boleh melakukan aksi renang yang mengagumkan ramai. Melihat gayanya berenang membuatkan ramai yang terpukau.

Facebook

Facebook

Aksi lumba-lumba ini telah dirakamkan di Pulau Ketam, Klang oleh seorang pengunjung yang datang ke sana dan video tersebut telah dimuat naik ke laman Facebook oleh KFDM News yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Sehingga kini video tersebut telah menerima lebih daripada 180,000 ‘like’ dan menerima hampir 4000 komen daripada pengguna Facebook di seluruh dunia.

Rata-rata netizen kagum dengan aksi tersebut dan ada juga yang menceritakan pengalaman peribadi mereka melihat aksi seperti ini di depan mata.

Lihat paparan video di bawah:

Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular