KOTA KINABALU – Seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah terkena renjatan elektrik sekitar jam 6 petang ketika bermain bola di gelanggang bola keranjang.

Sebelum kejadian berlaku, mangsa dan beberapa orang rakan difahamkan sedang bermain bola di gelanggang bola keranjang yang terletak di Taman Sierra walaupun hujan renyai pada ketika itu.

Kemudian mangsa dipercayai tergelincir sebelum terjatuh lalu bertindak memegang sebatang tiang lampu di kawasan terbabit.

Sin Chew Daily

Ekoran itu, mangsa secara serta merta tidak sedarkan diri. Setelah lebih kurang seminit, mangsa didapati bernafas secara tercungap-cungap.

Rakan dan individu yang berada di situ segera memberikan bantuan kecemasan sebelum ambulans tiba lalu mangsa dikejarkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) di Likas.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata pihak hospital ada memaklumkan bahawa mangsa meninggal dunia pada jam 8.21 malam.

Tambahnya, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Keadaan basah akibat hujan berpotensi menyebabkan kebocoran aliran elektrik terutamanya pada tiang lampu dan boleh mendatangkan bahaya kepada orang ramai”, katanya.

Habibi juga menasihati orang awam untuk sentiasa berhati-hati dan mengelakkan bermain di kawasan berhampiran tiang lampu elektrik, lebih-lebih lagi ketika musim hujan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular