Bayangkan jika anda menemui sesuatu yang bernilai tinggi, pasti seronok! Itulah yang dialami oleh individu bernama Chen dari daerah Hui’an, Fujian, China.

Penemuan tiga biji manik Merlot bewarna kuning di dalam siput yang dibelinya untuk dimasak, ternyata memberi kejutan bermakna buat Chen.

Ketiga-tiga manik berkenaan difahamkan memiliki saiz dan berat yang berbeza. Manik paling besar dilaporkan seberat kira-kira 30 gram dan ianya dianggarkan bernilai RMB20 juta (RM12 juta).

Epoch Times

Berdasarkan laporan media, Chen merupakan pemilik sebuah restoran. Pada 25 Mac lalu, dia membeli 5 ekor siput kuning dengan harga RMB200 dan menyimpannya di dalam kolam.

Pada 28 Mac, sekitar jam 7 petang, Chen memilih tiga ekor siput untuk dimasak memandangkan rakannya mengunjungi restoran untuk makan malam.

Selepas Chen memotong daging siput kuning terbabit, dia ternampak seperti bola bewarna kuning. Masing-masing seberat 1.32 gram, 10.20 gram dan juga 29.94 gram.

Epoch Times

Menurut Chen, dia sudah sedia maklum akan manik Merlot berkenaan yang begitu berharga dan jarang ditemui. Sehingga ke saat ini, Chen masih tidak memutuskan apa yang bakal dilakukan dengan manik tersebut.

Manik Merlot atau lebih dikenali sebagai “Dragon Ball” atau “Flame Ball” lazimnya berbentuk bulat dan diperolehi daripada siput. Ianya juga tidak boleh dibiakkan secara buatan.

Chen agak bertuah kerana kebarangkalian untuk menjumpai manik Merlot di dalam siput kuning adalah amat jarang – 1 dalam 1000. Apatah lagi jika manik itu bersaiz besar dan berkualiti.

Epoch Times

Manik Merlot kelihatan amat cantik dengan sifat fizikal seperti ceramik yang terang dengan struktur bercorak serta bentuk yang tidak sama. Bentuk bulat pula kebiasaannya bernilai tinggi.

Pada tahun 2003 di Hong Kong, sebiji manik Merlot seberat 20 gram dijual dengan harga AS$2.7 juta (RM11.5 juta), di mana ia menjadi rekod dunia untuk transaksi satu mutiara yang bernilai tinggi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular