Makanan yang diproses seperti sosej, nugget dan bebola daging, ayam ataupun ikan sering menjadi kegemaran ramai khasnya buat golongan kanak-kanak.

Makan diproses seperti sosej misalnya, sangat mudah disediakan dan sudah pasti dapat menjimatkan banyak masa para ibu di dapur.

Tetapi adakah ianya berkhasiat?

Pixabay | congerdesign

Tahukah anda bahawa kandungan sosej langsung tidak sama seperti daging ataupun ayam segar. Ia bukan diperbuat daripada daging yang sebenar!

Sosej dapat didefinisikan sebagai ‘daging’ (bahagian kulit, lemak dan pelbagai lagi) yang dicampur dengan garam, bahan perasa dan pengawet serta bahan pengisi yang lain.

Pixabay | PublicDomainPictures

Oleh kerana ia merupakan makanan yang diproses, maka sosej mempunyai beberapa ciri seperti berikut :

#1 Tinggi kandungan lemak tepu – lemak trans akan meningkatkan risiko kanser

#2 Tinggi kandungan garam (sodium dan monosodium glutamate)

#3 Tinggi bahan pengawet

#4 Berupaya meningkatkan tahap kolestrol jahat dalam badan

#5 Meningkatkan risiko obesiti dan kanser

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di laman Facebook, kandungan mikronutrien dalam makanan diproses, yang memberi kebaikan pada tubuh adalah sangat sedikit.

Selain itu, makanan yang diproses juga lazimnya mengandungi bahan kimia iaitu nitrit dan nitrat, di mana apabila di dalam tubuh, ia akan bertukar menjadi sebatian penyebab kepada barah.

Pilihan di tangan anda. KKM juga ada menasihati orang ramai untuk mengelakkan sosej daripada menjadi hidangan utama ataupun makanan harian. Boleh makan tapi berpada-padalah ya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular