Selepas lawatan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al Mustafa Billah Shah ke Taman Cahaya Alam, U12 Shah Alam untuk melihat sendiri lukisan mural potret gergasi ‘Tiga Wira Malaysia’, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah juga turut meluangkan masa untuk melihat sendiri hasil seni mural tersebut.

Menerusi laman Facebook miliknya, Dr Noor Hisham telah memuat naik beberapa gambar ketika beliau berada di lokasi tersebut pada 11 Julai.

Beliau sempat meluangkan masanya yang sentiasa sibuk dengan bergambar bersebelahan mural potretnya sendiri seperti mana yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong semasa lawatannya.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Berkongsi pengalaman lawatannya di Facebook dan Twitter, Dr Noor Hisham menulis dalam posting itu :

Saya berada di sini pagi ini dan saya dapat merasakan semangat patriotik yang kuat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Saya ingin mengucapkan setinggi penghargaan kepada semua artis berbakat cemerlang bersama kemahiran dan karya seni mereka yang luar biasa.

Ini menunjukkan bahawa setiap orang memiliki peranan masing-masing dalam menangani krisis pandemik dan menyahut cabaran dengan lukisan mural yang sangat hebat ini.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Projek mural potret gergasi ‘Tiga Wira’ ini dihasilkan oleh tiga pelukis negara berbakat besar iaitu Muhammad Suhaimi Ali, Abdul Hadi Ramli dan Muhamad Firdaus Nordin, sebagai cara mereka berterima kasih serta menghargai jasa pemimpin dan ikon negara atas sumbangan besar yang telah mereka lakukan untuk negara dalam menangani krisis COVID-19.

Tiga wira negara yang dimaksudkan ialah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Menerima lebih daripada 9,000 perkongsian, rakyat Malaysia juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan rasa terima kasih mereka kepada Ketua Pengarah Kesihatan atas kepemimpinannya dalam membantu dan membimbing Malaysia mengekang pandemik COVID-19 dengan kejayaan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular