Baru-baru ini media Hollywood hangat menceritakan tentang hubungan antara pemegang watak Captain America, Chris Evans dan pelakon Lily James yang popular dengan wataknya sebagai Cinderella. Setelah kelihatan keluar bersama beberapa kali, ramai yang mengandaikan bahawa kedua-dua pelakon itu sedang bercinta.

Bukan hanya media Hollywood malah cerita hubungan antara kedua-dua artis ini turut menarik perhatian rakyat Malaysia. Di laman Facebook milik GSC Cinema turut memuat naik gambar pasangan ini. Menurut gambar yang dimuat naik jelas menunjukkan bahawa Evans dan James sedang meluang masa bersama di sebuah taman di London. Mereka juga kelihatan sangat mesra dan rapat sekali.

Beberapa hari lalu pasangan ini dikatakan meluang malam bersama dan kini mereka sekali lagi mendapat tumpuan ramai apabila kelihatan berdua di taman.

Jadi, buat peminat Captain America atau Cinderella adakah anda ‘merestui’ hubungan mereka berdua?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: HIBURAN

Video Popular