Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengumumkan dalam satu kemas kini terbaru pada 13 Julai, bahawa terdapat kluster COVID-19 baharu telah dikesan di Melaka. 

Kluster tersebut dikenal pasti ketika individu ketiga diuji positif jangkitan virus tersebut setelah bersentuhan dengan kes kedua kluster ini.

KKM mengumumkan dalam sidang media harian COVID-19 bahawa kes pertama kluster ini adalah warganegara Malaysia iaitu Kes ke-8,673 yang kembali ke Malaysia dari Rusia pada 5 Julai.

 

Kementerian Kesihatan Malaysia/Facebook

Keputusan COVID-19 ke atas individu tersebut ketika saringan ujian RTK-Antigen di Pintu Masuk Ketibaan Antarabangsa, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) didapati positif dan dia kemudian dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Kes kedua kluster iaitu Kes ke-8,718 adalah rakan kes pertama yang menaiki pesawat yang sama dan juga telah tiba di Malaysia pada 5 Julai. 

Hasil keputusan ujian COVID-19 ke atas individu ini pada mulanya negatif tetapi dia mula mengalami demam dan gejala pernafasan pada 7 Julai. Pemeriksaan kedua kemudian mendapati bahawa dia telah positif jangkitan COVID-19. 

Twitter/Gambar Hiasan

Sehingga 13 Julai, 14 kontak rapat kluster ini telah dikenal pasti tetapi kesemuanya telah didapati negatif untuk virus berkenaan ketika ujian saringan.

Kes ketiga dari kluster ini adalah Kes ke-8,724 yang merupakan bapa kepada pesakit untuk Kes ke-8,718.

Pesakit Kes ke-8,724 bersama tiga anggota keluarga yang lain berada dalam kereta yang sama setelah mereka menyambut ketibaan pesakit kedua yang mana kini kluster tersebut dikenal pasti sebagai Kluster PUI Novgorod.

@KKMPutrajaya/Twitter

Dalam pada itu, siasatan serta pengesanan kontak rapat dan hubungan aktif kelompok kluster ini sedang giat dijalankan, termasuk kontak terdekat dalam pesawat.

Sehingga 14 Julai, sebanyak 22 individu telah menjalani ujian saringan dan 5 kes positif COVID-19 dikenal pasti dalam kluster berkenaan dengan seorang kini berada di ICU, Hospital Melaka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular