Siapa sangka kisahnya yang pernah tular suatu ketika dahulu akhirnya membawa perubahan bukan hanya kepada dirinya malah juga perubahan buat kampung halamannya.

Seorang pelajar dari Sabah, Veveonah Mosibin (Veve) yang tular sebelum ini mengenai kegigihannya belajar di atas pokok untuk mendapatkan rangkaian internet kini sudah boleh tersenyum lebar apabila pusat internet berhampiran dengan kampungnya kini telah dinaik taraf.

Bernama/Facebook

Beberapa minggu lalu, kumpulan TM telah pergi ke kampungnya untuk melakukan projek naik taraf Pusat Internet Kampung Pinggan-Pinggan di Pitas Sabah dengan menggunakan sambungan fiber 300Mbps dan pusat internet ini merupakan pusat internet paling dekat dengan kampungnya.

TM Group/Facebook

Dengan usaha ini bukan hanya Veve yang memperolehi manfaat malah masyarakat di sekitar juga kini boleh mendapatkan rangkaian internet yang lebih laju dan stabil.

Menurut TM, pusat internet itu juga merupakan Pusat Internet pertama di Sabah yang dilengkapi dengan sambungan internet berkelajuan sehingga 300Mbps.

Untuk menaik taraf pusat internet tersebut adalah sebuah tugas yang sanga mencabar kerana Pitas terletak kira-kira 140km dari Kota Kinabalu dan memakan masa sekitar 3 jam perjalanan. Selain itu, kawasannya juga terpencil membuatkan kerja-kerja penyambungan kabel fiber dan penyelenggaraan menjadi lebih sukar.

TM menambah lagi bahawa peningkatan sambungan internet dapat membuka peluang baru bagi guru dan pelajar dari segi pembelajaran dalam talian dan juga memberi manfaat buat pengusaha dalam komuniti.

Tidak hanya itu, mereka juga akan memberikan bantuan dari segi latihan dan kepakaran untuk mewujudkan sebuah komuniti digital.

TM Group/Facebook

Walaupun ini merupakan inisiatif yang baik untuk membantu masyarakat, pusat internet dengan sambungan 300Mbps ini terletak 11km dari rumah Veveonah di Kampung Sapatalang. Jadi, untuk ke sana Veve akan mengambil masa 10-15 minit perjalanan dari kampungnya.

Menurut TM, mereka akan terus melabur dalam infrastruktur yang meliputi kawasan bandar dan luar bandar untuk menyediakan akses internet dan capaian sambungan akhir (last mile connection) sehingga ke kawasan terpencil dan pedalaman di seluruh negara.

TM Group/Facebook

Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) kawasan rumah Veve kini sudah mendapat rangakaian 3G dan terdapat rancangan untuk menaik taraf sambungan internet di kawasannya di bawah projek National Fiberisation and Connectivity Plan (NFCP) yang telah diluluskan pada tahun lepas.

Di bawah projek itu, akan ada 13 kawasan untuk Pitas, Sabah yang akan terlibat sama. Pemasangan menara akan dikendalikan oleh Edotco, sebuah syarikat infrastruktur di bawah kumpulan Axiata sementara penyediaan perkhidmatan akan dikendalikan oleh U Mobile melalui RAN Sharing. CAPEX dan OPEX akan dibiayai 100% oleh dana USP untuk jangka masa 5 tahun dari Februari 2021 hingga Februari 2025.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular