AMERIKA SYARIKAT- Seorang ahli virologi Hong Kong mendedahkan bahawa beliau sedang mengkaji virus PKC (COVID-19) pada bulan Disember 2019.

Pada penghujung bulan itu, beliau diberitahu oleh seorang pegawai China mengenai risiko virus tersebut yang boleh menular melalui manusia dan ketika itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) masih belum mengesahkan penyakit tersebut secara terbuka.

Dr. Yan Li-Meng, dalam wawancara dengan Fox News yang diterbitkan pada 10 Julai, mengatakan bahawa beliau diberitahu oleh penyelia di Fakulti Kesihatan Awam Universiti Hong Kong untuk mengkaji mengenai virus tersebut  pada pertengahan Disember lalu.

Memandangkan beliau tidak dapat memperoleh maklumat daripada pihak berkuasa China, Yan mengatakan beliau meminta bantuan seorang rakan yang merupakan saintis di Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit China yang mempunyai pengetahuan langsung mengenai wabak tersebut.

NOEL CELIS/AFP Getty Images

Rakannya memberitahu bahawa penyakit tersebut boleh merebak di antara manusia pada 31 Disember. Pada hari yang sama regim Parti Komunis China melaporkan wabak namun masih tidak mengesahkan bahawa penyakit itu boleh menular antara manusia sehingga 21 Januari, di mana selama beberapa minggu rejim tersebut telah mendakwa bahawa tiada bukti yang menunjukkan bahawa virus tersebut boleh menular antara manusia.

Yan kemudian melarikan diri ke Amerika Syarikat pada bulan April dan telah meminta perlindungan suaka kerana bimbang akan dihukum jika beliau kembali semula ke Hong Kong.

“Alasan saya pergi ke A.S. adalah untuk menyampaikan mesej mengenai COVID,” kata Yan kepada Fox News.

Tuntutan saintis itu menambah bukti yang menunjukkan bahawa Beijing telah menyedari betapa parahnya wabak itu sejak awal lagi tetapi menutup kebenaran tersebut.

Ketika PKC memberitahu dunia menganai penularan wabak itu dan mula menutup wilayah Wuhan, sebanyak lima juta penduduk telah meninggalkan wilayah itu dan menyebarkannya ke seluruh dunia.

Yan mengatakan ketika beliau melaporkan penemuannya tentang wabak itu kepada penyelianya pada pertengahan Januari, dia diberitahu “untuk mendiamkan diri dan berhati-hati.”

Sejumlah dokumen dalaman yang bocor yang kemudiannya diperoleh The Epoch Times mendedahkan bahawa pihak berkuasa secara konsisten “merendahkan” jumlah laporan kes virus PKC di pelbagai wilayah seluruh China, termasuklah wabak yang muncul semula dalam beberapa bulan terakhir ini di timur laut China dan ibu kota negara, Beijing.

WHO  yang sebelumnya kerap memuji “ketelusan” PKC dalam menangani wabak ini, telah membuat pembetulan ke atas maklumatnya mengenai permulaan wabak di China. Sebelum ini, WHO mengatakan pihak berkuasa kesihatan China melaporkan wabak tersebut pada 31 Disember. Kini, ia mendakwa bahawa  pejabatnya di China “mengambil pernyataan media Suruhanjaya Kesihatan Perbandaran Wuhan dari laman web mereka” mengenai kes-kes apa yang disebut pneumonia virus di bandar China.

Minggu lalu, Amerika Syarikat telah mengemukakan notis rasmi kepada WHO untuk menarik diri secara rasmi daripada menghulurkan bantuan kepada China untuk menutup berita mengenai wabak tersebut. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga telah memulakan proses penyiasatan mengenai asal usul wabak tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL KESIHATAN

Video Popular