35 tahun yang lalu, Proton Saga menjadi kereta tempatan pertama keluaran Malaysia berkat impian mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam visinya melihat rakyat memiliki dan memandu ‘Kereta Malaysia’ memenuhi jalan raya.

Untuk memperingati ulang tahun itu, secara simboliknya Tun Dr Mahathir menerusi akaun Twitternya telah mengucapkan Selamat Ulang Tahun yang ke-35 kepada Proton Saga dengan beberapa gambar dirinya dan kereta nasional tersebut dilancarkan buat pertama kali pada 9 Julai 1985.

@chedetofficial/Twitter

“Proton Saga sekarang berusia 35 tahun. Masih kuat. Selamat Ulang Tahun Proton Saga,” catatan Tun Dr Mahathir dalam muat naik gambar itu di laman Twitter.

Posting mantan Perdana Menteri berusia 95 tahun itu membangkitkan memori dan nostalgia dalam kalangan pengguna Twitter yang turut berkongsi gambar kereta Proton Saga keluaran generasi pertama yang mereka sayangi.

@fauzimnm_/Twitter

Beberapa warganet malah berkongsi gambar varian Saga dan Iswara yang terkenal sebagai kereta tahan lasak yang tiada bandingan suatu masa dahulu, yang juga menjadi kereta kegemaran rakyat Malaysia.

@Gajamaha/Twitter

@arifabdllh/Twitter

Seorang pengguna Twitter malah berkongsi video khas Proton Saga melakukan aksi ‘drift’ di lokasi tempat letak kereta untuk menunjukkan kehebatan varian Saga sempena ulang tahunnya yang ke-35.

@amksetiawangsaa/Twitter

Ramai menyatakan kebanggaan mereka dapat meraikan kejayaan Malaysia dalam industri automobil dengan jenama sendiri, setanding pengeluar kereta luar negara dan mereka berterima kasih kepada Tun Dr Mahathir atas sumbangannya dalam merealisasikan impian ciptaan kereta nasional pertama negara.

@aqilmirzx/Twitter

“Saya melihatnya buat pertama kali ketika saya berada dalam darjah lima. Walaupun ketika itu masih kecil, saya berasa amat bangga, dan ini adalah salah satu daripada beberapa kenangan istimewa yang saya tidak pernah lupakan sehingga hari ini,” tulis seorang warganet.

@kuazrie/Twitter

@farah_syafika/Twitter

Posting Tun Dr Mahathir sejak itu memperolehi lebih 6,000 perkongsian dan 16,000 warganet yang suka.

@UzirJamaluddin/Twitter

@FawzanFazil_/Twitter

Sempena ulang tahun ke-35 Proton Saga, PROTON mengumumkan pelancaran model Saga edisi khas dan terhad, ‘Edisi Ulang Tahun Saga’ juga dikenali sebagai ‘Edisi Hitam’ dengan warna luaran dan dalaman hitam kuartz dan kuning eksklusif.

@paultantk/Twitter

Hanya terhad kepada 1,100 unit istimewa Edisi Ulang Tahun Saga yang ditawarkan, dengan harga bermula RM39,300 selepas ditolak rebat cukai jualan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular