Seluruh dunia kini masih lagi berhadapan dengan wabak pandemik Virus PKC (COVID-19) meskipun ada sesetengah negara yang kini berada dalam fasa pemulihan.

Walaupun wabak ini sudah menunjukkan tanda-tanda surut, masyarakat tetap diingatkan untuk sentiasa menjaga jarak sosial dan memakai topeng penutup hidung dan mulut ketika berada di tempat awam.

Di Thailand, pihak kerajaan telah melanjutkan tempoh darurat sehingga penghujung bulan Julai. Namun, sebahagian besar aktiviti seperti riadah, pembukaan sekolah dan sebagainya telah mula dibuka dengan syarat mematuhi SOP.

Dalam kita mengikuti dan mengamalkan norma baharu ini, terdapat satu insiden melucukan yang terjadi melibatkan seorang datuk dan cucunya.

Facebook

Menurut perkongsian di Facebook itu, seorang datuk menjadi tular gara-gara memegang sepanduk yang ditulis dengan nama cucunya ketika menunggu kepulangan cucu kesayangannya itu dari sekolah.

Ramai yang tertanya-tanya mengenai tindakan datuk berkenaan dan setelah mengetahui sebabnya, majoriti warganet memuji kecomelan datuk ini ketika menyambut cucunya di luar pagar sekolah.

Di sekolah, setiap pelajar diwajibkan untuk memakai topeng penutup hidung dan mulut. Hal ini menyebabkan datuk ini tidak mengenali cucunya kerana sebahagian wajah telah dilindungi oleh penutup muka tersebut.

Disebabkan itulah, datuk ini mendapat idea untuk menulis nama cucunya dan memegang sepanduk itu dengan harapan cucunya dapat mencari datuknya dengan kadar segera.

Facebook

Kita biasa melihat situasi ini di lapangan terbang bukan? Melihat si datuk melakukan hal sedemikian rupa di kawasan sekolah benar-benar membuatkan warganet kagum dan memuji kreativiti datuk tersebut.

Ada juga segelintir ibu bapa yang berhadapan situasi sama di mana mereka sukar untuk mengecam anak masing-masing kerana kesemua pelajar kelihatan hampir sama.

Ternyata idea datuk ini boleh mula dipraktikkan oleh warganet di luar sana yang sering keliru setiap kali menunggu anak pulang sekolah.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular