Kata orang tawa itu ubat untuk semuanya, walaupun anda melalui hari yang muram atau sukar, cubalah mencari apa sahaja yang boleh membuatkan anda tersenyum dan tertawa semula.

Caranya mudah, anda mungkin boleh menonton cerita komedi, atau melihat kartun di televisyen atau mungkin bersama dengan mereka yang sememangnya kelakar akan buatkan anda tersenyum.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Menyedari bahawa dengan ketawa merupakan ubat terbaik untuk pesakitnya, seorang doktor telah menggunakan ‘teknik’ menari bersama dengan pesakitnya sebagai salah satu kaedah rawatan.

Oleh kerana dia minatnya yang tinggi terhadap muzik dia telah mendapat gelaran sebagai ‘Dancing Doc’.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Menurut Dr Tony Adkins, menari bersama dengan pesakitnya adalah sebuah aktiviti yang penting kerana ia menambah kenangan dan momen manis pesakitnya sepanjang berada di hospital.

Semua usaha yang dilakukan ialah semata-mata untuk pesakitnya. Kata Dr Adkins lagi, melihat senyuman dan mendengar tawa pesakitnya memberi kesenangan kepadanya.

Semua orang tahu yang hospital bukanlah tempat yang disukai oleh orang namun dengan hiburan yang diberikan mampu mengurangkan sedikit rasa takut dan gementar terutama buat kanak-kanak.

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Kajian menunjukkan dengan ketawa, senyuman dan lebih bergerak interaktif akan memberi kesan yang lebih baik kepada otak berbanding dengan pengambilan ubat-ubatan.

Jadi, senyum lah setiap hati dan ketawa lah selagi boleh. Senyuman anda bukan sahaja berikan kebaikan untuk diri sendiri malah turut memberi kesan kepada mereka di sekeliling anda.

Paparan video di bawah pastinya akan mengukir senyuman pada diri kita semua:

Trending World by The Epoch Times/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular