Patung Barbie sememangnya sangat dikenali ramai, di mana patung keluaran syarikat mainan, Mattel tersebut dihasilkan dalam pelbagai versi.

Daripada patung berambut perang sehinggalah versi patung berkulit gelap, ia tetap kelihatan cantik dan menawan. Patung ini begitu popular sehinggakan ia turut diadaptasi menjadi filem animasi.

Di Malaysia, seorang pemuda dikenali sebagai Wesley Hilton baru-baru ini telah diiktiraf oleh Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC) setelah beliau menghasilkan busana Barbie berinspirasikan Borneo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Wesley difahamkan menjadikan hobinya menghasilkan busana etnik Sarawak untuk digayakan pada anak patung Barbie dan Ken.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Menteri Pelancongan, Datuk Sri Hajah Nancy Haji Shukri pada kenyataan Facebooknya menulis bahawa usaha Wesley berkenaan telah memberi beliau idea agar hasil tangannya itu dapat dijadikan produk pelancongan berasaskan seni dan budaya.

Menurut laporan, MOTAC juga berharap agar pihaknya berupaya untuk menghubungkan seniman berbakat seperti Wesley dengan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia untuk memperluaskan rangkaian produk mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Wesley yang bekerja sebagai pramugara di syarikat penerbangan Malaysia Airlines ini mengakui dirinya lebih fokus terhadap hobi tersebut sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Ini kerana beliau mempunyai banyak masa di rumah dan tidak ditugaskan untuk bekerja sehinggalah penghujung bulan Julai ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Hasil ubah suai yang dihasilkan Wesley tersebut ternyata begitu dekat di hati rakyat Malaysia khususnya penduduk Sabah dan Sarawak. Perincian busana setiap etnik Borneo kelihatan begitu teliti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Sambutan yang positif daripada pengguna media sosial membuatkan pemuda berasal dari Sibu itu untuk terus merancang dan menghasilkan versi miniatur daripada pelbagai pakaian tradisional Borneo.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Beliau bahkan menerima permintaan untuk membeli patung Barbie berkenaan. Untuk pengetahuan anda, setiap patung berharga antara RM350 hingga RM650 itu kebiasannya habis terjual sejurus dilancarkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

“Saya kata pada diri sendiri, hasilnya perlu hampir sama dengan yang asal. Ia penting kerana aksesori memainkan peranan dalam mewujudkan identiti etnik dan budaya untuk setiap pakaian”, katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Beliau juga berharap agar dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap budaya negara ini. “Saya akan gembira jika dapat kongsikan negara kita yang indah ini kepada seluruh dunia”.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Wesley Hilton/Instagram

Memandangkan Wesley merupakan pramugara, mungkin anda teringin mahu melihat busana patung Barbie versi pramugari, bukan? Ini hasilnya :

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wesley Hilton ?? (@wesleyhilton) on

Selamat maju jaya buat Wesley! Terima kasih kerana telah membanggakan semua rakyat Malaysia khasnya warga di Borneo.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI KESENIAN

Video Popular