Bapa borek anak rintik, itulah pepatah sesuai bagi menggambarkan pencapaian yang diraih anak lelaki kepada hero kita semua, Datuk Dr Noor Hisham iaitu Muhammad Khair Noor Hisham.

Cukup membanggakan bapanya apabila Muhammad Khair terpilih untuk menyertai Felo Perdana 2020, di mana beliau dan dua lagi peserta lain ditempatkan di bawah Kementerian Kewangan selama enam bulan.

Untuk makluman, Felo Perdana yang telah ditubuhkan oleh Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2013 ini membolehkan peserta mempelajari pengurusan pentadbiran kerajaan.

Penyertaan Muhammad Khair mula mendapat perhatian netizen selepas Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memuat naik satu kenyataan di Facebook.

Bersama-sama Muhammad Khair, dua lagi siswazah, Am Abdul Aziz dan Chow Shenn Kuan turut ditempatkan di kementerian berkenaan.

Menurut laporan Bernama, seramai 82 orang belia telah dipilih untuk menyertai program ini, di mana ianya terdiri daripada 58 siswazah dan 24 orang pelajar.

Walaupun mengorak langkah dalam bidang yang berbeza namun pencapaian akademik Muhammad Khair sama hebat seperti bapanya.

Beliau pernah dinobatkan sebagai Anugerah Pelajar Terbaik menerusi Ketua Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pahang pada tahun 2018.

Pada masa yang sama juga, beliau turut dilantik menjadi Pengarah Program Kepimpinan dan Hubungan Budaya.

Kemudian pada tahun berikutnya, beliau berjaya menjuarai Pertandingan Sheffield Business School International Dragon’s Den 2019.

Perkongsian di laman Facebook berkenaan menerima pelbagai reaksi pengguna yang turut berbangga dengan pencapaian Muhamad Khari berkenaan.

Tengku Zafrul/Facebook

Tengku Zafrul/Facebook

Tidak dilupakan, pencapaian barisan anak muda yang lain turut dikagumi oleh netizen..

Tengku Zafrul/Facebook

Tengku Zafrul/Facebook

Tahniah buat mereka semua. Semoga penglibatan ini dapat terus memacu perkembangan ekonomi tanah air ke arah yang lebih baik dan berdaya saing.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI NASIONAL

Video Popular