- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Setia menanti dalam keadaan apa pun, anjing ini tidak meninggalkan hospital sepanjang pemiliknya dirawat

Jika seekor haiwan itu sayang akan tuannya, mereka akan menjadi sangat setia. Tidak kira apa yang berlaku mereka akan cuba sebaiknya untuk sentiasa ada di sisi tuan mereka walau dalam apa juga keadaan sekalipun tuan mereka mungkin telah meninggalkan mereka.

Kejadian seperti itu sekali dibuktikan oleh seekor anjing apabila dia sentiasa berada di sisi tuannya yang jatuh sakit. Minggu lalu, seorang pekerja perubatan kecemasan di Brazil dihubungi untuk membantu seorang gelandangan yang jatuh sakit akibat masalah pernafasan.

Apa yang menariknya, ada seekor anjing bernama Marrom yang setia menemaninya di sisi.

Melihat akan kesetiaan Marrom, petugas kesihatan yang bertugas terus membenarkan Marrom untuk naik ke ambulans supaya dia terus dapat menemani tuannya ke hospital.

FACEBOOK / JAIRO XAVIER DE OLIVEIRA

Suatu ketika di Hospital Humanitária, di bandar Limeira, Marrom berusaha untuk mengikuti pemiliknya ke bilik kecemasan, tetapi peraturan memutuskan untuk tidak boleh membenarkan haiwan masuk ke dalam demi kebaikan pesakit. Marrom akhirnya terpaksa duduk di luar sambil menunggu tuannya menerima rawatan.

FACEBOOK / JAIRO XAVIER DE OLIVEIRA

Sepanjang menunggu keadaan tuannya pulih, Marrom langsung tidak berganjak dari situ. Kesetiannya telah membuatkan ramai yang tersentuh. Para pekerja hospital mula memberikan makanan dan minuman untuknya supaya dia terus kuat untuk menunggu tuannya.

FACEBOOK / JAIRO XAVIER DE OLIVEIRA

Kakitangan hospital bahkan meletakkan tanda untuk memastikan bahawa tidak ada yang mengganggu anjing tersebut serta mengelakkan orang ramai daripada menyangka bahawa anjing itu adalah anjing terbiar.

“Tolong, jangan menganiaya haiwan ini kerana dia milik seorang pesakit.” bunyi tanda tersebut.

FACEBOOK / JAIRO XAVIER DE OLIVEIRA

Marrom terus bertahan di situ sehingga 32 jam lamanya dan selepas itu barulah sebuah kumpulan penyelamat haiwan tempatan, ALPA [1] datang untuk melihat keadaan Marrom sama ada dia memerlukan bantuan. Setelah diperiksa, ahli pasukan memutuskan untuk membawa Marrom berjumpa dengan doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan. Selepas mendapatkan rawatan dia akan duduk di sana sehinggalah tuannya sembuh dan keluar dari hospital.

FACEBOOK / JAIRO XAVIER DE OLIVEIRA

loading...