CHANGSHA- Seorang lelaki dilaporkan mengalami pendarahan gusi yang teruk selama 10 hari selepas gigi bongsunya dicabut. Tidak hanya itu dia juga mengalami demam dan pening. Setelah dihantar ke hospital doktor mengesahkan dia mengalami jangkitan akibat gigi bongsunya yang patah. Jangkitan tersebut walau bagaimanapun begitu serius sehingga dia mengalami pendarahan otak akibat hernia.

Menurut laporan media, Liu Guofan, 26 yang berasal dari Changsha, telah pergi ke hospital pada 25 Mei untuk mencabut gigi bongsunya tetapi telah mengalami luka dan mengakibatkan pendarahan. Tambahan lagi, keadaannya yang sedang mengalami tekanan darah tinggi menyebabkan pendarahan semakin teruk. Memandangkan keadaannya tidak membaik, lelaki itu kemudian pergi ke hospital untuk menjahit luka tersebut.

Zhihu

Pada 30 Mei lalu, Liu Guofan memuat naik statusnya di Internet untuk meminta bantuan. Menurut status tersebut dia menceritakan tentang apa yang dialami selepas giginya dicabut.

Menurutnya, dia tidak pernah membuka topeng mukanya untuk bercakap dengan orang. Tidak hanya itu, dia juga sentiasa menggigit kapas untuk menghentikan darah pada gusinya. Dia juga sangat berhati-hati ketika minum air. Pada setiap pagi pula dia akan mendapati mulutnya penuh dengan darah dan mengesyaki dia mempunyai masalah dengan fungsi pembekuan darah.

Zhihu

Keadaan ini membuatkan dia pergi ke hospital lain pada 4 Jun untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ketika itu dia mula rasa tidak sihat badan. Doktor kemudian mendapati gusinya menjadi hitam akibat jangkitan yang berlaku selepas dia mencabut gigi. Keadaan ini telah membawa kepada jangkitan bakteria dalam darah di seluruh tubuhnya seterusnya gejala leukemia akut telah muncul.

Zhihu

Keadaan Liu Guofan semakin memburuk sehingga dia akhirnya koma. Dia kemudian dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) untuk diselamatkan. Walau bagaimanapun pada 9 Jun dia mula mengalami pendarahan otak yang serius disebabkan oleh hernia.

Zhihu

Keluarga Liu Guofan kemudian menyiasat doktor gigi yang terlibat, tetapi pihak hospital tidak memberikan sebarang jawapan yang jelas. Pengarah hospital dan pemegang saham hospital juga tidak tampil memberikan apa-apa pertolongan kepada keluarga ini. Kejadian semasa telah dirujuk kepada Changsha Medical Disputes People’s Mediation Committee untuk siasatan lanjut.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular