Pandemik COVID-19 meninggalkan kesan yang agak mendalam buat masyarakat dunia, tidak terkecuali rakyat Malaysia juga. Ramai yang kehilangan kerja dan hilang mata pencarian.

Tidak kurang ada yang sangat terdesak sehingga sanggup menyusahkan orang yang tidak berdosa. Itulah yang berlaku pada seorang penghantar makanan Grab yang dilanda nasib malang.

Taman Sri Gombak/Facebook

Nasib tidak menyebelahi Faizal apabila motosikal yang digunakan untuk mencari rezeki dicuri individu yang tidak bertanggungjawab di Leisure Mall, Taman Pelangi, Johor pada 8 Julai lalu.

Kejadian kehilangan motosikal itu dikongsikan oleh laman Facebook, Taman Sri Gombak, dengan harapan agar motosikal milik lelaki yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) tersebut dijumpai.

Taman Sri Gombak/Facebook

Manakala sebuah lagi akaun Facebook, Peon JB pula turut membantu berkongsi perihal mengenainya dan juga mengumpulkan dana bagi membolehkan Faizal mendapatkan motosikal yang baru.

Kurang daripada 24 jam, hasil kutipan mencecah sebanyak RM10,684. Semuanya hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin!

Berkat bantuan orang ramai, akhirnya motosikal milik Faizal yang dicuri berkenaan ditemui semula di tepi sebuah jalan. Ianya kemudian dikembalikan ke balai polis di Larkin.

Peon_JB/Facebook

Motosikal Faizal ditemui tanpa kunci berhampiran dengan kedai milik individu yang menjumpainya.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada pihak berwajib lalu menguar-uarkannya kepada pentadbir akaun Peon JB.

Peon JB/Facebook

Di saat Faizal dilanda kesusahan, rakyat Malaysia bersatu dalam membantunya. Saat inilah yang menyatukan kita semua dan ternyata ia merupakan satu perkara yang begitu dibanggakan.

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang prihatin. Semoga tanah air tercinta ini akan terus makmur selamanya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular