Percaya atau tidak dengan mata anda, sebuah rakaman video menunjukkan rel penghadang jambatan di wilayah Chongqing, China runtuh di bawah sentuhan jari seorang lelaki.
Kemudian seorang pegawai dari biro pengangkutan tempatan mengesahkan kandungan video yang tular itu adalah benar.
Pertanyaan tempatan terus mengganggu apabila video dari Chongqing itu kini menjadi tular dengan topik yang terus diperkatakan di internet.
Video tersebut menunjukkan seorang lelaki menghancurkan bahan binaan yang membuat rel penghadang jambatan itu dengan tangan kosongnya tanpa bantuan apa-apa alat lain.
Penonton menjadi amat terkejut dan mempersoalkan kualiti jambatan tersebut dengan ada kalangan mereka yang mempersoalkan sama ada kandungan video itu asli atau tidak.
Pada Selasa, 7 Julai seorang pegawai tempatan mengaku kepada media tempatan bahawa video itu adalah nyata dan benar.
Jambatan ini mula dibina pada tahun 2017 dan siap sepenuhnya setahun yang lalu.
Seorang pegawai berkata perjanjian belum ditandatangani untuk menyerahkan jambatan itu secara rasmi kepada pihak berkuasa tempatan dengan sepenuhnya.
Jambatan yang berukuran sepanjang 350 kaki (107 meter) itu bernilai sekitar USD700 ribu (RM 3 juta).
Syarikat pembinaan yang mendapat kontrak membina jambatan ini ditubuhkan kira-kira tiga dekad yang lalu tetapi nampaknya tidak mempunyai reputasi yang baik.
Syarikat tersebut memiliki rekod lima penalti pentadbiran yang disebabkan oleh masalah kualiti atau kegagalan untuk menyampaikan maklumat cukai menurut peraturan yang ditetapkan.
Jambatan ini dikatakan telah lulus ujian profesional peringkat rendah dan sudah boleh digunakan.
Pihak berkuasa tempatan menekankan bahawa pembinaan rel penghadang jambatan itu adalah projek subsidiari menggunakan rel batu tersedia pasang siap.
Mereka berkata siasatan sudah dimulakan untuk meneliti kembali kualiti jambatan tersebut.
An Internet #buzz video shows a man crushing the material of #bridge guardrail with his bare hand.
The bridge is said to have passed a professional load #test and can be used.
WATCH HERE?https://t.co/lQ19fBInzd pic.twitter.com/Azay2dF53Z
— China in Focus – NTD (@ChinaInFocusNTD) July 9, 2020
Maybe you're interested :