Muzik ternyata meninggalkan kesan buat pendengarnya dan mengejutkan juga apabila ia turut mempengaruhi kucing.

Ya, lagu daripada kumpulan Korea terkenal, Epik High berjudul ‘Lullaby for a Cat’, tidak disangka mampu memberi kesan pada kucing.

Twitter

Menurut sumber, lagu berkenaan berjaya membuatkan kucing peliharaan yang dibela menjadi mengantuk lalu tertidur!

Macam sukar untuk percaya bukan? Namun perkara itu diakui sendiri oleh beberapa pemilik kucing yang berkongsi kisah kucing mereka di laman sosial.

“Sesiapa sila jelaskan keadaan ini kepada saya”, tulis pengguna yang menggunakan nama akaun @Frisa00.

@Frisa00/Twitter

Tidak kira betapa bertenaganya kucing-kucing peliharaan sebelum itu, pasti akan perlahan-lahan mengantuk dan tertidur selepas mendengarnya.

Ramai juga pengguna lain yang turut membuktikan hal yang sama. Tidak percaya? Jom tengok video-video di bawah :

@deea512/Twitter

@Brie__yonce/Twitter

@_thediaryofj/Twitter

@blobyblo/Twitter

Sebaik sahaja lagu tersebut tamat, terus terbuka mata kucing di bawah ini..

@hyyh_y4ever/Twitter

@skzghoul/Twitter

“Ramai yang memberitahu saya mengenai perkara ini. Mereka mengatakan bahawa kucing mereka akan tertidur ketika lagu itu dimainkan”, ujar composer lagu itu, Tablo.

“Saya ingatkan mereka hanya bergurau tapi saya sendiri terkejut apabila melihat ‘laporan’ pengguna di laman Twitter”, tambahnya.

Mungkin lagu ini berkesan menjadikan kucing berasa tenang dan santai, di samping memicu rasa mengantuk mereka itu.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular