Anjing merupakan haiwan yang boleh dikatakan gemar bersosial dan ‘berkawan’, bukan sahaja dengan manusia bahkan dengan haiwan-haiwan domestik yang lain.

Samalah seperti seekor anjing bernama Flora ini, di mana Flora memiliki rakan karib iaitu seekor kucing bernama Dexter.

Hubungan mereka sangat erat dan mereka sering kali dilihat bersama-sama dalam melakukan pelbagai aktiviti. Tiada apa yang dapat memisahkan kedua-dua sahabat ini.

Best Friends Animal Society

Namun langit tidak sentiasa cerah. Dexter yang berusia 22 tahun itu kemudian mati meninggalkan Flora bersendirian tanpa rakan. Sudah tentu kehilangan itu meninggalkan kesan mendalam pada Flora.

Hal ini amat menggusarkan keluarga Flora yang menetap di Utah, Amerika Syarikat. Mereka ternyata bimbang bahawa anjing kesayangan mereka itu akan kekal bersedih dan semangatnya tidak akan pulih.

“Flora sangat terluka dan banyak menghabiskan masa berada di luar – menyalak seperti mengalami depresi. Ia amat menyedihkan”, luah pemiliknya, Jill Williams.

Best Friends Animal Society

Bercerita mengenai Flora, Jill mendedahkan bahawa anjing itu sebelum ini telah diselamatkan oleh Best Friends Animal Society daripada pemilik lama yang tidak begitu menjaga kebajikannya.

Kemudian setelah itu, barulah Flora diadopsi oleh keluarga Jill untuk dibela. Begitu juga dengan Dexter yang turut diadopsi oleh keluarga penyayang berkenaan.

Setelah kematian Dexter, keluarga Jill memutuskan untuk memulihkan kembali semangat Flora daripada terus bersedih, iaitu dengan mencari rakan baru untuknya.

Jill Williams/YouTube

Kekosongan yang dirasai Flora kemudiannya diisi dengan kehadiran empat ekor anak kucing yang comel bernama Iggy, Bowie, Roxy dan Glamour.

Keempat-empat anak kucing terbabit turut diselamatkan oleh Best Friends dan ternyata mereka juga memerlukan ‘penjaga’ yang istimewa, tidak lain dan tidak bukan – Flora!

Jill Williams/YouTube

Keluarga Jill difahamkan telah menyediakan satu ruang yang menempatkan mereka, lengkap dengan katil kucing, makanan, minuman dan juga mainan.

“Keempat-empat ekor anak kucing tersebut langsung tidak berasa takut dengan Flora walaupun saiz mereka nyata berbeza”, cerita Jill.

Jill Williams/YouTube

Bermula daripada saat itu, hubungan mereka kian rapat. Mereka main bersama, Flora juga sentiasa memerhatikan gelagat ‘anaknya’ itu selain cuba menggembirakan mereka.

“Saya yakin bahawa Flora merupakan ‘pemujuk’ anak-anak kucingnya itu”, tambah Jill lagi. Semoga kesemua mereka hidup gembira bersama.

Jill Williams/YouTube

Saksikan keletah mereka menerusi rakaman video di bawah :

Jill Williams/YouTube

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular