Tempoh tidur yang cukup adalah sangat penting agar tubuh badan mendapat rehat yang secukupnya seterusnya boleh berfungsi pada tahap yang maksimum pada waktu siang.

Bagaimanapun, tidak dapat dinafikan sesetengah daripada kita ada kalanya menghadapi kesukaran untuk tidur dengan nyenyak.

Oleh itu, menerusi entri ini kami akan berkongsi dengan anda 9 perkara yang perlu anda elakkan berlaku untuk mendapatkan tidur yang lena dan rehat yang secukupnya.

Unsplash

1. Elakkan bilik tidur yang banyak habuk

Bilik tidur anda seharusnya sentiasa dalam keadaan yang bersih dan tidak berhabuk agar udara segar kekal berada di dalamnya. Langkah ini juga boleh mengelakkan bakteria dan kulat daripada membiak dan seterusnya memberi kesan kepada kesihatan penghuni bilik.

2. Elakkan tidur dengan angin yang kuat

Walaupun kadang-kala cuaca terlalu panas, namun angin dari kipas yang terlalu kuat atau angin dari luar tingkap yang dibuka ketika penghuni sedang tidur adalah satu perkara yang berpotensi memudaratkan kesihatan.

Walaupun agak sukar untuk dilakukan, seperti pepatah purba yang mengatakan “menghindari angin adalah seperti menghindari pedang,” namun kita perlu berusaha melakukannya kerana ketika tidur, tubuh badan tidak mampu untuk mengelak angin yang datang dan kondisi tubuh badan ketika tidur juga adalah kondisi yang paling mudah diserang penyakit.

Unsplash

3. Cuba pastikan bahagian betis sentiasa tertutup semasa tidur

Sekiranya angin telah meniup lapisan selimut atau fabrik yang menutup bahagian betis anda semasa tidur, maka aliran darah di bahagian tersebut berkemungkinan tidak akan mengalir dengan baik. Hal ini seterusnya boleh menyebabkan anda mengalami kekejangan, lumpuh dan sakit sendi.

Walaupun ketika cuaca panas, adalah lebih baik jika anda menutup bahagian betis anda ketika tidur agar perkara buruk tidak berlaku.

4. Elakkan bilik yang terang ketika tidur

Sebaiknya, cuba pastikan bilik tidak berada dalam keadaan yang terlalu terang ketika anda sedang tidur kerana suasana yang terang cenderung untuk mengganggu tidur anda.

Disamping itu, elakkan pamasangan alat pemanas yang berdekatan dengan kepala ketika anda sedang tidur. Hal ini kerana pemasangan alat ini akan menyebabkan mata dan hidung anda menjadi kering yang seterusnya boleh mengganggu waktu tidur anda.

Unsplash

5. Dapatkan rehat yang secukupnya pada waktu malam dan elakkan senaman yang berat

Mengikut kepercayaan yin dan yang dalam masyarakat China, senaman pada waktu subuh dan senja adalah yang terbaik kerana tubuh badan cenderung menjadi lebih subur dengan cahaya matahari.

Bagaimanapun, senaman yang berat seperti bermain bola, menari, berbasikal dan sebagainya pada waktu malam hanya akan memberi kekurangan kepada yin, dan dalam masa yang sama menjadikan yang dalam keadaan yang tinggi semangat dan terlalu aktif sehingga akhirnya menyebabkan kesukaran untuk tidur.

6. Elakkan minum terlalu banyak air atau makan terlalu banyak sebelum tidur

Pengambilan makanan dan minuman yang terlalu banyak sebelum tidur berpotensi menyebabkan gangguan pencernaan yang seterusnya boleh menyebabkan kesukaran untuk tidur.

Selain itu, tindakan ini juga boleh mengurangkan tahap metabolisme tubuh badan yang seterusnya membawa kepada masalah obesiti.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk tidur hanya selepas 3 ke 4 jam selepas makan.

Unsplash

7. Elak pemakaian gigi palsu dan pakaian dalam semasa tidur

Ketika sedang tidur, ada kemungkinan untuk anda tertelan gigi palsu dan hal ini boleh mengancam nyawa.

Bagi pemakaian pakaian dalam pula, tinjauan terhadap lebih daripada 5,000 wanita di Institut Peradaban Hawaii di Amerika Syarikat mendapati bahawa wanita yang memakai pakaian dalam selama lebih dari 12 jam sehari adalah 20 kali lebih berpotensi menghidap barah payudara daripada mereka yang memakainya untuk waktu yang singkat.

8. Elakkan tidur dengan rambut basah.

Tidur dengan rambut yang basah akan menyebabkan anda lebih mudah mengalami sakit kepala, pening kepala, masalah kebotakan, sakit gigi, pekak, bintik putih dan beberapa penyakit lain.

9. Elakkan penggunaan telefon bimbit sebelum tidur dan tutup signal Wi-Fi ketika tidur

Semasa penggunaan telefon bimbit, sebilangan besar gelombang elektromagnetik dengan frekuensi dan gelombang panjang yang berbeza dilepaskan, yang seterusnya membentuk kabus elektronik yang boleh mempengaruhi gangguan sistem saraf manusia dan fungsi fisiologi.

Walaupun jumlah pelepasannya adalah sangat kecil, tetapi pelepasan gelombang ini tidak dapat dielakkan.

Wi-Fi di rumah pula akan melepaskan sejumlah kecil gelombang elektromagnetik seperti stesen pangkalan, yang boleh mempengaruhi kesihatan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular