Tiada yang cukup comel dan manis seperti persahabatan antara dua spesies berlainan. Interaksi mereka tentu sekali akan menyentuh hati dan mengukir senyuman tanpa paksaan.

Tujuan utama muat naik rakaman video seekor ikan lumba-lumba comel yang mengucapkan ‘hello’ kepada dua ekor anjing dengan ramah adalah untuk membuat anda semua tersenyum.

Facebook

Walaupun berbeza spesies, haiwan comel ini tidak membiarkan apa sahaja halangan menutup sifat ingin tahu mereka demi mewujudkan ikatan persahabatan baru.

Dua ekor anak anjing kesayangan Magen Peigelbeck bernama Miles dan Stanley kini menjalani kehidupan yang bahagia bersama. Suatu hari, mereka keluar menikmati hari yang indah menaiki bot menyusuri kuala berhampiran Isle of Hope Marina di pesisir pantai Savannah, Georgia ketika penghuni tempatan yang ramah tiba-tiba datang menghampiri menyambut mereka dan bertanya khabar! 

Magen Peigelbeck/Facebook

Dia adalah ikan lumba-lumba liar dan bebas, dan nampaknya ingin berkenalan dengan anak-anak anjing Miles dan Stanley.

Walaupun terdapat beberapa orang di atas bot, ikan lumba-lumba ini hanya memperhatikan Miles dan Stanley. 

Facebook

Dia berenang ke arah anjing-anjing itu dan terus menarik sebahagian badannya keluar dari permukaan air untuk menarik perhatian kedua sahabatnya ini tanda bertanya khabar. 

Anjing-anjing yang selalu bersifat ingin tahu sudah pasti tidak akan melepaskan peluang melihat ikan lumba-lumba jarang ditemui, jadi ketika melihatnya, mereka juga mengongkong dengan kuat kepada si lumba-lumba yang peramah ini.

Facebook

“Saya berasa tersentuh dan kagum kerana ia adalah saat pertemuan serta sapaan yang amat istimewa,” kata Magen.

Interaksi ikan lumba-lumba itu bersama Miles dan Stanley hanya berlangsung dalam jangka masa singkat, tetapi untunglah Magen berjaya merakam momen manis tersebut melalui kamera telefon pintarnya dan memuat naiknya di media sosial untuk perkongsian bersama.

Facebook

Tidak hairanlah kini ia menjadi tular di mana-mana kerana kita semua jarang-jarang sekali menemui dan dapat melihat ikan lumba-lumba liar bebas berenang di alam semula jadi yang sungguh peramah dengan senyuman manisnya.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular