Untuk merancang keluarga, sesetengah ibu bapa memutuskan untuk menggunakan alat pencegah kehamilan seperti alat dalam rahim atau lazimnya dikenali sebagai Intrauterine Contraceptive Device (IUCD).

Alat yang berbentuk mirip huruf ‘T’ ini akan ditempatkan di dalam rahim wanita melalui faraj.

Gambar Hiasan/Unsplash

Kebiasaannya, penggunaan alat ini sebagai kaedah penjarakan kehamilan mempunyai keberkesanan sehingga 97 – 98%.

Bagaimanapun, hal yang sebaliknya telah terjadi kepada seorang wanita berusia 34 tahun di Vietnam yang telah menggunakan alat ini untuk menjarakkan kehamilan selepas mempunyai dua orang anak.

Facebook

Wanita berkenaan, dilaporkan telah menggunakan alat IUCD sejak tahun 2018 lagi dan masih belum merancang untuk hamil lagi.

Bagaimanapun, tanpa disangka-sangka, wanita itu tetap juga berjaya hamil walaupun telah menggunakan alat pencegahan kehamilan tersebut.

Facebook

Yang menariknya, setelah bayi lelakinya lahir, bayi itu didapati sedang menggenggam erat alat IUCD itu. Lagaknya seperti telah berjaya ‘menumpaskan’ alat tersebut dalam rahim ibunya!

Bayi lelaki yang menjadi bualan ramai itu telah lahir dengan berat 3.2 kg dan berjaya melepasi ‘cabaran’ yang berpotensi membunuhnya semasa di dalam rahim. Bayi yang kuat!

Facebook

Berita yang luar biasa ini telah dikongsikan oleh pihak hospital tempatan di Vietnam dan pakar obstetrik serta pakar sakit puan di negara itu berpendapat bahawa kehamilan ini berkemungkinan terjadi disebabkan alat IUCD itu yang telah beralih dari tempat yang sepatutnya di dalam rahim si ibu sehingga menyebabkan kehamilan boleh berlaku.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular