Menjaga tahap hidrasi tubuh adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan kita secara amnya namun masih ramai di antara kita yang tidak meminum air secukupnya setiap hari.

Tahukah anda bahawa tubuh kita ini terdiri lebih daripada 60% air? Oleh itu, adalah menjadi tugas kita untuk memastikan kandungan air dalam badan sentiasa mencukupi dengan meminum air.

Berikut adalah 9 perkara yang akan berlaku jika anda membekalkan tubuh dengan air yang mencukupi :

#1 Berat badan mudah dikurangkan

Foto hiasan/Pixabay

Jika anda mengelakkan minuman yang tidak sihat dan tinggi kandungan gula serta hanya minum air sahaja selama 9 hari, kalori yang anda bakal hilang adalah bersamaan dengan berjoging sejauh 9 kilometer.

#2 Meningkatkan tahap metabolisme

Foto hiasan/Pixabay

Dengan hanya minum 500 mililiter air pada setiap hari, tahap metabolisme tubuh akan meningkat sebanyak 24% sekaligus turut meningkatkan tahap tenaga anda.

#3 Tingkatkan fungsi otak

Foto hiasan/Getty Images

Memandangkan otak manusia terdiri daripada 75% hingga 85% air, maka minum air akan menyediakan ‘bahan bakar’ untuknya berfungsi dengan lebih baik. Dengan minum air juga, ia berupaya untuk membuatkan anda kekal fokus.

#4 Kurang makan

Foto hiasan/Getty Images

Minum air mampu mengurangkan selera makan dan membantu anda menurunkan berat badan dengan mudah.

#5 Mempercepatkan kadar detoksifikasi tubuh

Foto hiasan/Pixabay

Air berupaya mengeluarkan bahan merbahaya dan toksin daripada tubuh. Bukan itu sahaja, ia bahkan mampu melambatkan proses penuaan.

#6 Mengurangkan risiko penyakit

Foto hiasan/Pixabay

Dengan meminum air secukupnya, ia mampu mengurangkan risiko banyak penyakit seperti tekanan darah tinggi, masalah berkaitan pundi kencing, barah kolorektal dan pelbagai lagi.

#7 Menguatkan jantung

Foto hiasan/Pixabay

Lima gelas air dalam sehari mampu mengurangkan risiko penyakit jantung dan serangan jantung sebanyak 41%. Hati juga akan berfungsi dengan lebih baik.

#8 Kulit lebih halus dan lembut

Foto hiasan/Medical News Today

Percaya atau tidak, kulit anda akan menjadi lebih lembut dan bersih jika anda minum air secukupnya. Ini kerana air membantu membersih dan melembapkan kulit.

#9 Menjimatkan!

Foto hiasan/Pixabay

Air merupakan minuman yang jauh lebih murah berbanding minuman-minuman yang lain. Secara tidak langsung, ia dapat menjimatkan wang anda bukan?

Oleh itu, mulakan tabiat sihat ini dengan meminum air secukupnya pada setiap hari ya? Anda akan dapat rasa perubahan yang sihat pada tubuh anda.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP KESIHATAN

Video Popular