Umum sedia maklum, semua sekolah dan institusi pendidikan di Malaysia akan bermula beroperasi sepenuhnya pada 15 Julai. 

Bagi mereka yang kini berada di kampung halaman masing-masing, ia mungkin menjadi kesukaran berikutan perlu mengeluarkan perbelanjaan yang mahal untuk kembali ke sekolah dan institusi pengajian masing-masing.

Untuk memberi sedikit kelegaan kepada golongan pelajar dan guru yang terlibat, Menteri Kanan merangkap Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa Malaysian Airlines (MAS) akan menawarkan diskaun sebanyak 20 peratus untuk pelajar, guru dan pensyarah bagi tempahan tiket penerbangan domestik bermula 9 Julai hingga 10 Ogos.

@MKNJPM/Twitter

Sekiranya anda membuat tempahan secara dalam talian, kod promosi akan diumumkan kemudian oleh Kementerian Pendidikan Tinggi atau MAS sendiri.

Bagi pelajar yang mencari tambang penerbangan lebih murah untuk kembali ke institusi pendidikan, potongan 20% akan diberikan kepada mereka melalui program MH Explorer, di mana mereka boleh mendaftar sebagai ahli melalui laman sesawang rasmi MAS.

Twitter/ Sekadar Gambar Hiasan

Datuk Seri Ismail Sabri menambah bahawa Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan mengadakan pertemuan dengan syarikat penerbangan lain untuk menurunkan harga tiket mereka juga dalam tempoh tertentu.

Promosi ini turut terpakai buat guru serta pensyarah yang bekerja di Sabah dan Sarawak yang perlu kembali ke institusi pendidikan masing-masing.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: BISNES NASIONAL

Video Popular