Kini rakyat Malaysia tidak perlu lagi pergi ke New Zealand untuk menyaksikan sendiri kambing biri-biri yang comel dan bersih.

Tidak perlu ke luar negara. Di Cameron Highland, terdapat satu ladang ternakan yang menempatkan 20 ekor biri-biri.

The Sheep Sanctuary/Facebook

Terletak di Brinchang, The Sheep Sanctuary yang sebenarnya telah dibuka pada tahun 2019, baru-baru ini sering disebut-sebut oleh pengguna laman media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nor Azzalieza Ieja (@norazzalieza) on

Menurut sumber, ternakan biri-biri di ladang berkenaan dibawakan dari Australia. Gebu-gebu semua biri-biri di sana!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kak Lija (@azlizarosli) on

Untuk masuk ke ladang itu, anda perlu membayar RM8 untuk dewasa yang berumur 12 tahun ke atas dan RM5 untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by •_^ Elaine 蔡谦璘 (@elaine_1118_) on

Di sana, anda dibenarkan untuk mengambil swafoto dan bergambar bersama biri-biri serta boleh juga membelai dan memberinya makan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @princss_belle on

Difahamkan bahawa ladang berkenaan akan mencukur bulu biri-biri di sana setahun sekali dan jika anda bernasib baik, anda mungkin dapat menyaksikannya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WHWH (@wandoncha) on

Sungguhpun begitu, pihak ladang masih belum memutuskan tindakan mereka terhadap bulu biri-biri yang telah dicukur memandangkan tiada pasaran untuknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? ERIC .Y (@mrericz) on

Jika anda mengunjungi ladang itu, jangan lupa untuk berhenti singgah di Puku Café dan cuba menikmati keenakan ais krim strawberi yang dihasilkan sendiri.

Ia dijual pada harga RM5 hingga RM6 untuk setiap batang ais krim. Terdapat juga beberapa perisa ais krim lain jika anda tidak begitu sukakan strawberi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @syusyu_syuhada on

Bukan itu sahaja, anda juga boleh dapatkan minuman seperti kopi, teh ataupun susu kocak berperisa coklat ataupun strawberi di kiosk di dalamnya.

Untuk pengetahuan anda, ladang berkenaan beroperasi setiap hari daripada jam 9 pagi hingga 5.30 petang dan ia terletak di pasar Kea Farm – dibelakang Hotel Kea Valley.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular