Setiap pagi, kebanyakan para ibu di luar sana pastinya sibuk menyediakan sarapan pagi, di samping mengejutkan anak daripada tidur dan menyiapkan mereka untuk ke sekolah.

Ekoran terkejar-kejar maka tidak semua perkara kita dapat lakukan untuk anak. Sebagai contoh, mengikat rambut anak perempuan kita. Untuk yang pakai tudung, ianya tidak menjadi masalah.

Seorang ibu baru-baru ini ada ‘mengadu’ di laman sosial berkenaan tindakan guru tadika anaknya yang mengikat rambut anak perempuannya.

Peek Me

Berasa kagum dengan kreativiti guru tadika anaknya, ibu tersebut bahkan bergurau bahawa dirinya hampir tidak mengenali anaknya yang ‘berubah’ ekoran gaya rambutnya.

Saban hari, ada sahaja gaya ikatan rambut yang dibuat pada rambut anak wanita berkenaan. Ia secara tidak langsung menyebabkan ibu itu hairan sama ada anaknya ke tadika ataupun salon?

Peek Me

Pujian harus diberikan kepada usaha guru tadika tersebut kerana mengambil inisiatif sendiri untuk mengikat rambut anak murid. Barulah tampak lebih kemas dan rapi bukan?

Macam-macam gaya ikatan rambut yang dilakukan guru tadika terbabit :

Peek Me

Difahamkan juga bahawa guru tadika tersebut kerap kali berlatih untuk mendapatkan hasil ikatan rambut yang kemas, memandangkan rambut kanak-kanak lebih lembut daripada dewasa.

Ibu berkenaan juga sempat berkongsi bahawa anak perempuannya sangat menyukai gaya ikatan rambut yang dibuat oleh gurunya, sehingga tidak membenarkan ibunya membuka ikatan itu!

Peek Me

Anak perempuannya juga enggan membenarkan wanita itu untuk mengikat rambutnya kerana lebih sukakan hasil ikatan gurunya. Senang kerja ibu pagi-pagi nampaknya..

Kreatif betul guru tadika kanak-kanak itu bukan? Mungkin guru itu boleh mula lakukan kerja lebih iaitu sebagai pendandan rambut.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular