Adik-beradik merupakan teman pertama yang paling rapat dengan diri kita. Tipulah jika kita tidak pernah bergaduh sesama sendiri bukan? Pergaduhan memang sukar untuk dielakkan sebenarnya.

Lazimnya ia disebabkan oleh perebutan mainan, biasalah budak-budak. Abang atau kakak sering kali dididik oleh ibu bapa untuk beralah dengan adik yang lebih kecil.

Seperti satu rakaman video yang dikongsikan oleh akaun Sinar di laman Facebook ini :

Berdasarkan video yang berdurasi 15 saat berkenaan, kita dapat lihat seorang abang bersama adiknya – berkemungkinan bergaduh kerana berebut mainan.

Si adik kelihatan memukul tubuh abangnya kerana tidak puas hati. Apa yang mengagumkan netizen adalah apabila si abang membuat gaya seperti ingin memukul

Namun sebaliknya si abang hanya memegang tangan si adik lalu mencium tangannya itu. Baiknya si abang, langsung tidak sanggup menyakiti adiknya.

Sinar/Facebook

Di saat ke-10, si abang kedengaran sangat geram apabila adiknya cuba mengambil mainan itu daripada tangannya.

Tetapi sekali lagi si abang menunjukkan contoh yang baik apabila bertindak memeluk lalu mencium adik kesayangannya itu, walaupun pada mulanya si abang seperti mahu memukul.

Sinar/Facebook

Sehingga kini, video itu telah menerima 10,000 likes daripada pengguna Facebook dan ramai juga yang telah meninggalkan komen setelah melihat keletah kedua adik-beradik terbabit.

 

Sinar/Facebook

Benar, kelakuan kanak-kanak sememangnya dibentuk oleh ajaran dan didikan kedua ibu bapanya. Dalam konteks ini, si abang tidak mudah marah dan berjaya mengawal amarahnya.

Dan mungkin pula si adik perlu belajar banyak dengan si abang, agar kedua-duanya tidak lagi bergaduh di masa akan datang!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular