- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Pengantin bergegas turun ke lokasi kemalangan demi menyelamatkan seorang wanita cedera, bertuah suaminya

Seorang jururawat dari Amerika Syarikat, Rachel Taylor menyaksikan kemalangan jalan raya pada hari perkahwinannya. Dengan tidak mengendahkan gaun pengantin cantik yang sedang dipakai, dia segera turun dari kereta dan bergegas ke tempat kejadian untuk merawat seorang wanita yang cedera patah kaki. 

Gambarnya dengan bergaun pengantin menyelamatkan orang dipuji netizen dan suaminya begitu bangga dapat berkahwin dengan isteri yang sangat baik hati.

Rachel berusia 22 tahun dan suaminya Calvin Taylor mengadakan upacara perkahwinan pada 21 Jun. Selepas perkahwinan itu, kedua-duanya memandu pulang ke rumah sebelum berangkat untuk berbulan madu.

Dalam perjalanan mereka terserempak dengan kemalangan yang serius di Interstate 494 South St.Paul, Minnesota. Kemalangan melibatkan 3 buah kereta yang mengakibatkan seorang wanita cedera di kaki kanannya yang patah.

Sebagai seorang jururawat, Rachel tidak mengendahkannya gaun pengantin putih yang dipakainya lalu dengan segera keluar dari kereta dan bergegas ke tempat kejadian.

Calvin pula segera memanggil polis dan pasukan bantuan kecemasan ke tempat kejadian sambil Rachel telah duduk di tepi jalan, memegang wanita yang cedera itu dalam dakapannya, bercakap dengan lembut agar wanita itu terus terjaga dan sedar serta pada masa yang sama menenangkan emosinya.

Rachel dan Calvin berada di tempat kejadian sehingga petugas paramedik dan ambulans tiba untuk membawa segera wanita itu ke hospital. 

Sebenarnya, Rachel baru sahaja menamatkan pengajian kejururawatan. Rachel berkata pada mulanya dia kurang yakin dengan kemahirannya merawat orang lain dan sangat gembira kerana dia mendapat pengalaman itu, kini sudah tahu apa yang harus dilakukan untuk situasi lain akan datang. Kejadian ini telah mendorongnya untuk terus bersemangat dalam kerjaya.

Calvin Taylor/Facebook [1]

Selepas itu, Calvin memuat naik gambar Rachel merawat dan mententeramkan emosi wanita yang cedera itu di tepi jalan melalui laman Facebook.

Dalam posting Calvin, “Rachel memegang wanita itu selama lebih kurang 15 minit sehingga pasukan perubatan tiba dan meletakkannya di atas pengusung. Saya amat bertuah dan terasa diberkati kerana mempunyai isteri yang sangat baik hati mampu menjaga orang lain yang memerlukan bantuan. Sangat berbangga dengan isteri saya. Tidak sabar untuk menghabiskan keseluruhan hidup saya dengan insan berjiwa murni dan mulia.”

Kisah menghangatkan jiwa yang menyentuh hati ramai dan perkahwinan mereka juga diberkati serta didoakan berkekalan oleh kalangan netizen yang menulis:

“Semoga perkahwinan anda terus diberkati dan berbahagia!”

“Dunia memerlukan lebih ramai orang yang tidak mementingkan diri seperti anda.”

“Lelaki bertuah adalah anda yang dapat mengahwininya!”

“Ini pasti pasangan terbaik anda, pengantin yang cantik dan baik hati.”

Semoga berbahagia berkekalan pasangan Rachel dan Calvin Taylor!

loading...