Kening merupakan satu ciri yang penting dan memiliki impak yang besar pada paras wajah seseorang.

Tanpa kening, kita semua mungkin akan kelihatan sangat aneh dan melucukan. Meskipun kening hanya meliputi sebahagian kecil wajah, tetapi ia memainkan peranan yang penting.

Disebabkan itulah, ramai wanita yang sanggup pergi ke salun kecantikan untuk mendapatkan bentuk kening yang menawan.

Gambar Hiasan/Unsplash

Tidak cukup dengan itu, para wanita juga akan melukis kening mereka mengikut bentuk yang diidamkan bagi mendapatkan hasil wajah yang jelita.

Tetapi zaman kini, bukan wanita sahaja yang menitikberatkan penampilan kening masing-masing, lelaki pun sama!

Peekme

Baru-baru ini, seorang lelaki di China telah membuat keputusan untuk melakukan tatu kening bagi mendapatkan hasil kening yang tebal dan lebat tanpa perlu bersolek setiap hari.

Namun malangnya, hasil tatu kening kekal yang dilakukan oleh lelaki ini adalah gagal 100% dan ini membuatkan dia memiliki sepasang ‘kening beluncas’ pada wajahnya!

Peekme

Pada masa yang sama, kesilapan tatu kening itu turut membuatkan lelaki ini kelihatan seperti watak animasi terkenal Jepun iaitu Shin Chan!

Tatu kening ini adalah tatu kekal dan lelaki tersebut terpaksa mengharungi hidupnya dibelenggu dengan kening tebal buat selama-lamanya.

Peekme

Penularan gambar ini meraih begitu banyak respon daripada warganet yang bersimpati dengan nasib yang menimpa lelaki berkenaan.

“Saya bersimpati dengan awak. Saya cadangkan awak untuk membuat laporan polis. Selepas ini, berhati-hatilah ketika membuatkan tatu kening”.

“Lebih baik saya lukis sendiri kening saya kalau begini hasilnya”.

“Tatu kening mungkin kelihatan mudah tetapi jika tersalah, anda hanya boleh menghilangkannya dengan menjalani rawatan laser. Anda harus selidik betul-betul dan cari artis tatu yang profesional”.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular