Setiap haiwan memiliki personaliti yang tersendiri seperti garang, manja, lincah, gemar bersendiri dan sebagainya.

Kebanyakan individu yang memelihara haiwan gemar memuat naik video dan gambar haiwan kesayangan masing-masing untuk tontonan orang ramai.

Perkongsian ini sememangnya menjadi satu bahan hiburan untuk warganet bukan sahaja kerana kecomelan haiwan-haiwan ini tetapi juga ekspresi wajah mereka.

Seperti manusia, haiwan dilahirkan dengan ciri-ciri tertentu bagi membezakan mereka antara satu sama lain. Ada yang berbulu kembang, mempunyai ‘corak stokin’ pada bahagian kaki, ekor pendek dan lain-lain perwatakan.

Tetapi, pernahkah anda melihat haiwan yang memiliki ekspresi wajah melucukan yang lain daripada lain disebabkan oleh corak pada wajah mereka? Lihat 5 haiwan yang menjadi bintang sensasi dunia internet gara-gara memiliki wajah yang ‘eksotik’.

#1 Kucing yang sentiasa berada dalam ketakutan 

Peek Me

Kucing berbulu hitam dan putih dari China ini sentiasa kelihatan seperti ketakutan sehingga digelar ‘kucing paling penakut di dunia’.

Lingkaran hitam di keliling mata kucing ini membuatkan kucing ini kelihatan seperti sedang takut sedangkan ianya tidak sama sekali.

Peek Me

Dari jauh, kucing ini seolah-olah memiliki bulu kening yang ‘jatuh’ sekali gus memberikan ekspresi sedemikian rupa dan hal ini membuatkan ramai warganet terhibur melihatnya. Ada juga segelintir warganet yang menyamakan wajah kucing ini seperti emoji sedih. Keunikan yang tiada tandingan!

#2 Earl yang pemarah!

PP Corn

Earl merupakan anjing baka Puggle yang sangat manja dan gemar menggulingkan badannya setiap kali ada manusia menghampiri. Tetapi, ramai yang sering kali salah faham dan menyangkakan anjing ini adalah seekor anjing yang garang dan bengis!

Menurut pemilik Earl iaitu Derek Bloomefield, “Earl memiliki wajah yang bengis sejak dilahirkan. Doktor haiwan menyatakan bahawa Earl adalah seekor anjing yang normal dan sihat. Earl kelihatan garang disebabkan oleh kedutan dan warna bulu yang gelap pada wajahnya sahaja”.

#3 Tardar Sauce, kucing yang garang dan bengis

The Guardian

Tardar Sauce mendapat jolokan sebagai kucing yang terkenal di dunia gara-gara wajahnya yang bengis menjadi pujaan hati ramai pengguna internet. Tardar Sauce atau lebih mesra dengan panggilan ‘Grumpy Cat’ mula meraih populariti ketika berusia lima bulan pada tahun 2012.

Bagaimanapun, di usia tujuh tahun, Tard dilaporkan telah meninggal di pangkuan tuannya dipercayai akibat jangkitan saluran kencing.

#4 Pumpkin si kucing yang suka merajuk

Peek Me

Tiada siapa boleh tahan dengan individu yang suka merajuk 24 jam. Tetapi berbeza dengan Pumpkin, riak wajahnya membuatkan dia disayangi dan dikenali ramai.

Dalam salah satu perkongsian yang tular memaparkan gelagat Pumpkin yang sedang mendapatkan dandanan di sebuah salun haiwan.

Peek Me

Meskipun Pumpkin kekal diam ketika bulunya digunting oleh lelaki itu, riak wajahnya yang kelihatan tidak gembira benar-benar membuatkan netizen terhibur. Pumpkin seolah-olah menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap perkhidmatan yang diberikan oleh lelaki itu. Sungguh melucukan!

#5 Kucing ‘OMG’

 

Blaze Press

Banye mendapat jolokan nama ‘OMG’ kerana mempunyai corak di bawah mulut yang membuatkan Banye kelihatan sentiasa terkejut dan ternganga. Dalam apa jua sudut sekali gus, Banye mempamerkan riak wajah terkejut dan ini sangat menghiburkan warganet!

Tambahan pula, matanya yang bulat melengkapkan lagi ekspresi terkejut ini sekali gus membuatkan Banye sentiasa menjadi perhatian ramai dan mempunyai jumlah pengikut yang tinggi di media sosial!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular