SHAH ALAM – Sebuah kejadian ragut sekali lagi berlaku di negara ini apabila kejadian itu berlaku di Selangor tengah hari semalam, Khamis, 6 Ogos 2020. Ketika kejadian berlaku, mangsa yang merupakan seorang wanita dilihat sedang melintas jalan hadapan sebuah klinik di Seksyen 19, Shah Alam.

Kejadian tersebut telah dirakam oleh sebuah kamera papan pemuka atau ‘dashcam’ dan rakaman video tersebut telah dimuat naik di laman Facebook Info Roadblock JPJ / POLIS.

Info Roadkbock JPJ/POLIS/Facebook

Di dalam rakaman tersebut seorang wanita kelihatan sedang melintas sebuah jalan apabila sebuah motosikal menghampirinya.

Info Roadkbock JPJ/POLIS/Facebook

Wanita tersebut walau bagaimanapun berhenti di tengah jalan untuk memberi laluan kepada motosikal tersebut tanpa menyangka yang rantai lehernya kemudian diragut.

Info Roadkbock JPJ/POLIS/Facebook

Dia kemudian berjalan semula ke tepi jalan dalam keadaan bingung seolah-olah tidak percaya dengan apa yang baru berlaku ke atasnya.

Info Roadkbock JPJ/POLIS/Facebook

Info Roadkbock JPJ/POLIS/Facebook

Kepada sesiapa yang mempunyai sebarang maklumat tentang kejadian tersebut, mereka dikehendaki untuk menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu kes tersebut.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular