Tidak mampu memberi sumbangan berbentuk wang, seorang ibu tunggal membanting tulang empat kerat miliknya dalam menghasilkan perkakas sekolah secara percuma kepada pelajar Sekolah Rendah Islam Nur Ehsan (SERINE).

Menurut wanita cekal itu, Musukubi Shamsuddin berkata bahawa hasil kerja kayu itu disumbangkan bagi memberi keselesaan buat 154 orang murid Tahun 1 hingga 6 di sekolah berkenaan.

Musukubi difahamkan telah membuat pelbagai keperluan bilik darjah seperti rak buku, meja, kerusi, dan juga almari untuk menyimpan al-Quran dan sejadah para pelajar.

Wanita itu yang lebih mesra disapa Kak B mengatakan bahawa dia hanya merujuk contoh gambar di Facebook untuk membina perabot dengan kayu setebal 1.27 sentimeter yang disediakan oleh sekolah.

“Saya rasa saya boleh buat untuk sekolah, jadi saya buat. Lagipun saya lihat banyak perkakas yang sudah tak boleh pakai”.

“Jadi saya sebagai ahli PIBG (memandangkan anak, Nur Insyirah Ismail bersekolah di situ), saya mengatakan hasrat saya untuk menghasilkan perkakas ini tanpa sebarang bayaran”.

“Saya hanya melihat contoh gambar membuat perabot dalam media sosial dan membayangkan sendiri untuk membuat bentuk perkakas sekolah dengan kayu yang telah disediakan pihak sekolah”, katanya.

Kak B boleh menyiapkan dua hingga tiga jenis perkakas sekolah yang dibuat setiap Isnin hingga Sabtu bermula jam 8 pagi hingga 5 petang sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun lalu.

Selain menghasilkan perkakas untuk sekolah, Kak B juga telah menghasilkan sendiri kelengkapan perabot di rumahnya seperti buaian, tempat meletakkan pakaian kotor, meja dan kerusi.

“Saya mula minat kerja pertukangan kayu sejak berpindah balik ke kampung halaman di Kampung Lambor Kiri sekitar tahun 2018”, jelas wanita itu yang hanya bertukang untuk kepuasan diri sendiri.

Pihak sekolah juga difahamkan sedang mengumpul dana untuk membina sekolah baru meliputi bangunan blok satu tingkat, tujuh bilik darjah, bilik guru, pejabat dan sebuah makmal komputer di Gelung Pepuyu, Bota.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular