- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Guru dedikasi ini tawar kelas Bahasa Inggeris dalam Bahasa Malaysia di YouTube secara percuma

Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa dan sudah pasti ia merupakan bahasa yang penting untuk kita semua kuasai.

Untuk menguasainya, kita memerlukan kesungguhan dan tentunya guru yang terbaik.

Foto hiasan/Pixabay [1]

Berikutan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan, sudah pasti ramai pelajar sekolah yang terkesan khususnya daripada segi proses pembelajaran bahasa ini bukan?

Foto hiasan/Pixabay [2]

Usah risau lagi, kerana seorang guru iaitu Cikgu Rachel telah mengambil inisiatif untuk membantu mereka yang mahu belajar dan menguasai bahasa ini menerusi saluran YouTube miliknya.

Cikgu Rachel/YouTube [3]

Menariknya, Cikgu Rachel mengajar dalam Bahasa Malaysia.

Usaha ini ternyata bukan sahaja memanfaatkan golongan pelajar bahkan kepada semua lapisan umur dan masyarakat.

Cikgu Rachel/YouTube [4]

Seperti yang kita tahu, bahasa Inggeris memiliki kosa kata dan tatabahasa yang agak rumit dan sedikit sukar untuk difahami, walaupun buat penutur asal bahasa ini.

Cikgu Rachel/YouTube [5]

Fasih kedua-dua bahasa Malaysia dan Inggeris, Cikgu Rachel membantu pelajar menerusi kaedah penjelasan yang jelas dan ringkas dan ia turut merangkumi pelbagai jenis topik.

Cikgu Rachel/YouTube [4]

Setakat ini, saluran YouTube Cikgu Rachel sudah memiliki lebih 19 video dan difahamkan jumlah itu akan bertambah dari semasa ke semasa.

Cikgu Rachel/YouTube [6]

Jadi apa tunggu lagi? Jika anda mahu menggilap penguasaan bahasa Inggeris anda, jangan lupa tonton video-video Cikgu Rachel yang lainĀ di sini [4] ya!

loading...