Buat yang suka memasak pastinya sentiasa teruja untuk mencuba resipi baru. Ada yang mengambil resipi melalui majalah atau buku masakan, melayari internet dan ada juga yang belajar melalui video yang dibuat oleh mereka yang pandai memasak.

Kepuasan setiap kali juadah yang dimasak menjadi pastinya tidak dapat digambarkan. Namun begitu, bayangkan jika anda diberikan resipi berusia 4000 tahun dan bolehkah anda menterjemahkannya? Bagaimana pula rasa hidangan tesebut? Adakah masih dapat diterima pada masa kini pada tahun 2020 ini?

@Bill_Sutherland/Twitter

Baru-baru ini, seorang profesor Britain telah menulis semula resipi lama yang diterjemahkan daripada tulisan cuneiform pada zaman Babylon dan usahanya telah berjaya membuatkan resipi berusia lebih daripada 4000 tahun lalu digunakan semula.

@Bill_Sutherland/Twitter

Menurut laporan media yang komprehensif, profesor Universiti Cambridge, Bill Sutherland menggunakan masa lapang semasa kuarantin COVID-19 untuk menganalisis resipi tersebut. Resipi tersebut ditulis menggunakan tulisan cuneiform dan dituliskan di atas sebuah papan tanah liat.

Resipi ini dikatakan telah wujud sejak tahun 1750 SM dan merupakan resipi tertua yang ada. Sutherland menyiapkan empat hidangan mengikut resipi tersebut termasuklah nasi Mesopotamia, rebusan kambing, sup Elan, dan sebuku roti. Dia mengatakan itu adalah makanan zaman Mesopotamia yang paling sedap yang pernah dimakannya.

@Bill_Sutherland/Twitter

Dia mengatakan bahawa hidangan rebusan kambing adalah sederhana dan enak, kelihatan luar biasa dan penuh  dengan rasa. Untuk kuahnya pula, dia telah menggantikan darah biri-biri dengan sos tomato dan hidangan tersebut masih berasa sangat sedap.

Sutherland mengatakan bahawa resipi kuno ini diambil dari “Ancient Mesopotamia Speaks” yang diterbitkan oleh Yale University, USA

Menurut laporan sebelumnya oleh BBC, Yale University mengumpulkan empat buah papan tanah liat yang mencatatkan tentang resipi orang Babylon pada masa itu. Setiap satu papan tanah liat pula mencatatkan 25 buah resipi rebusan dan sup.

@Bill_Sutherland/Twitter

Pada akhir tahun lalu, pasukan penyelidik antarabangsa yang mahir dalam sejarah kulinari dan skrip cuneiform cuba menggunakan resipi ini untuk namun memandangkan resipi ini dicatat menggunakan versi tanah liat jadi beberapa bahagian tidak dapat diperbaiki, dan teks cuneiform sukar untuk ditafsirkan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular