WASHINGTON – Amerika Syarikat (AS) menerusi presiden Donald Trump memutuskan untuk menarik diri daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) serta mengancam untuk menghentikan dana.

Penarikan keluar daripada WHO yang berpangkalan di Geneva itu telah menimbulkan kemarahan penyokong kesihatan awam dan penentang politik Trump, memandangkan badan itu mengetuai usaha global memerangi COVID-19.

AS sebelum ini telah mengancam untuk menangguhkan dana tahunan berjumlah $400 juta (RM1,709.8 juta) kepada badan terbabit.

Donald J Trump/YouTube

Penarikan ini berkuat kuasa dalam tempoh setahun, hingga 6 Julai 2021 dan notis telah dihantar kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres.

Walau bagaimanapun, pencabar Trump, Joe Biden dikatakan bakal menghentikan tindakan yang diambil Trump berkenaan sekaligus mengekalkan penyertaan AS dalam WHO jika beliau memenangi pilihan raya November ini.

“Tindak balas Trump terhadap COVID-19 adalah tidak koheren dan bercelaru, ia tidak adil. Tindakan ini tidak akan melindungi nyawa rakyat Amerika”, tulis senator Robert Menendez di laman Twitter.

@SenatorMenendez/Twitter

Menerusi ucapan Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus sebelum ini mengatakan bahawa perpaduan nasional dan solidariti global adalah lebih penting bagi menangani COVID-19 secara bersama.

Menurut jurucakap badan yang ditubuhkan pada 1948 itu, syarat penubuhan membolehkan AS mengundurkan diri dalam tempoh setahun namun perlu memenuhi kewajipan kewangan yang masih ada.

Pada penghujung Mei lalu, Trump mengatakan bahawa China telah mempunyai kawalan penuh terhadap WHO dan menuduh Tedros selaku doktor dan diplomat Ethiopia, gagal melaksanakan reformasi.

Getty Images

Trump yang sering mengkritik PBB dan menyalahkan China atas penularan COVID-19 mengatakan AS akan mengalihkan dananya bagi keperluan kesihatan awam global yang lain di seluruh dunia dalam kadar segera.

Dalam pada itu, penggubal undang-undang demokratik pula menuduh Trump berusaha untuk menangkis kritikal kegagalan menangani COVID-19 ekoran negara itu mencatatkan kes dan kematian tertinggi di dunia.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular