Pandemik masih lagi ada dan tidak menunjukkan tanda-tanda akan reda di beberapa buah negara yang teruk dilanda wabak itu. Mereka kini masih lagi ‘berperang’ melawannya.

Oleh itu, individu sanggup melakukan apa sahaja untuk tidak dijangkitinya seperti membaluti seluruh tubuh mereka dengan plastik agar tiada satu inci tubuh mereka terdedah secara langsung dengan virus itu.

SANKET WANKHADE/AFP via Getty Images

Namun baru-baru ini, seorang usahawan Shankar Kunhade dari Pune, India telah mengejutkan pengguna laman sosial apabila kisahnya memakai pelitup muka yang diperbuat daripada emas, tular.

Shankar difahamkan telah membayar kira-kira $4,000 (RM17,000) untuk pelitup muka emas berkenaan yang dipesan khas bagi melindunginya daripada wabak COVID-19 di India.

Menurut sumber, pelitup muka itu memiliki lebih daripada 60 gram emas asli dan memerlukan tempoh lebih daripada lapan hari untuk dihasilkan.

Jika dilihat, pelitup muka berkenaan kelihatan sangat elegan dan mewah namun fungsinya dalam menapis udara yang disedut oleh Shankar ternyata meragukan.

“Ia merupakan pelitup muka yang nipis dan mempunyai liang kecil untuk membantu saya kekal bernafas”, jelas Shankar.

Walau bagaimanapun, Shankar juga mengakuti bahawa dirinya tidak begitu yakin bahawa pelitup muka itu berkesan untuk menghindari dirinya daripada dijangkiti.

“Saya tidak pasti sama ada ianya berkesan untuk melindungi saya daripada jangkitan koronavirus dan saya telah mengambil langkah berjaga-jaga yang lain”, tambahnya.

Pemakaian emas bukanlah sesuatu yang asing bagi lelaki berusia 49 tahun berkenaan. Ini kerana dia sudah biasa memakai perhiasan emas seperti gelang tangan, rantai dan cincin di setiap jari kanannya.

 

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL INSPIRASI

Video Popular