Buaya merupakan antara haiwan liar yang sangat ditakuti oleh manusia. Sang bedal berkenaan sangat dihormati terutamanya di Sarawak sehinggakan masyarakat di sana sudah biasa berkongsi hidup bersama buaya.

Namun tidak sangka pula manusia boleh ‘bermesra’ dengan buaya!

Baru-baru ini di laman Twitter, seorang pengguna yang menggunakan nama @mdfaidzul telah berkongsi satu video yang cukup menggemparkan.

Kejadian yang dipercayai berlaku di Sabah itu jelas memperlihatkan beberapa orang kanak-kanak sedang seronok berenang bersama-sama dengan seekor buaya!

Telah ditonton sebanyak 749,000 kali di Twitter, keseronokan kanak-kanak itu bermain air bersama sang bedal itu ternyata mengejutkan netizen.

“Dia buat macam kucing pula”, tulis Faidzul pada video yang dimuat naiknya itu.

@mdfaidzul/Twitter

Menurut sumber, video itu dirakamkan oleh bapa kepada salah seorang kanak-kanak tersebut. “Jangan ketawa”, pesan lelaki itu pada mereka kerana dibimbangi buaya itu akan bertindak ganas.

Berani sungguh semua kanak-kanak itu. Kelihatan juga kanak-kanak perempuan itu memegang mulut buaya lalu menariknya.

Tindakan mereka itu telah mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna di laman Twitter :

@mdfaidzul/Twitter

Semoga tindakan mereka ini tidak menjadi contoh buat kita semua di luar sana untuk ‘bermesra’ dengan haiwan liar.

Ya, ianya memang kelihatan hebat namun sangat tidak berbaloi untuk merisikokan keselamatan sendiri bukan? Nyawa anda lebih berharga!

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular