- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Boleh capai berat hingga 40 kilogram, keindahan ikan koi gergasi sentiasa memukau setiap mata yang memandang

Ikan koi atau kap merupakan antara jenis ikan yang sering menjadi pilihan ramai di antara kita dalam menghiasi kediaman masing-masing. Warnanya yang terang ternyata sangat mempesonakan!

Untuk pengetahuan anda, ikan ini juga dianggap sebagai simbol keuntungan dan keberanian, di mana ianya ditentukan berdasarkan kepada warna, corak dan tahap kecerahan pada setiap ikan.

Foto hiasan/Pixabay [1]

Mungkin ramai juga yang tidak pernah melihat ikan koi bersaiz besar ataupun boleh digelar sebagai ikan koi gergasi. Lihat video di bawah :

Facebook [2]

Ukuran ikan koi sebenarnya agak membingungkan kerana ianya boleh menjadi besar sehingga ramai yang tidak mempercayainya. Ini kerana, kita sering melihat ikan koi bersaiz kecil sahaja bukan?

Lazimnya, berat ikan koi biasa boleh mencapai sekitar 5.44 kilogram namun ikan koi gergasi boleh mencapai berat sehingga 40 kilogram!

Facebook [3]

Daripada segi panjang pula, ikan koi normal kebiasaannya membesar sehingga mencecah 1 kaki jika diberikan makanan dan ruang yang cukup namun ikan koi gergasi pula boleh mencapai sehingga 4 kaki panjang.

Apa yang menjadikan ikan ini istimewa adalah, ia merupakan haiwan yang bijak – mampu mengenali orang yang memberi mereka makan. Mereka juga boleh dilatih untuk makan daripada tangan, sama seperti anjing dan kucing.

Twitter [4]

Selain itu, ikan koi juga mempunyai jangka hayat yang lama, bahkan lebih lama daripada pemiliknya. Ada kalanya jangka hayat itu mencapai 200 tahun lebih! Namun kebanyakan ikan koi dapat hidup antara 30 hingga 40 tahun.

Namun hakikatnya, warna terang pada ikan koi itu sebenarnya menjadikannya lebih sukar untuk bertahan hidup kerana ianya menarik minat pemangsa seperti kucing, burung hantu dan juga rakun.

loading...