- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Bekas pemain bola sepak kebangsaan Khalid Jamlus jual ‘Kasut Emas’ ekoran dibebani masalah kewangan

Masa terdesak memerlukan langkah terdesak, kerana semakin ramai orang mengalami kesukaran hidup di Malaysia dan mereka berusaha mencari jalan untuk terus bertahan berikutan kemelesetan ekonomi yang melanda Malaysia dan seluruh dunia akibat pandemik.

Kegawatan ekonomi tidak terkecuali membabitkan selebriti yang pernah memiliki karier terkenal seperti menjadi bintang bola sepak dan idola yang dikagumi ramai.

Baru-baru ini, heboh menjadi tular di media sosial apabila bekas pemain bola sepak kebangsaan terkenal Khalid Jamlus yang pernah mewakili pasukan Malaysia dalam perlawanan kelayakan pra-Olimpik dan Piala Dunia, telah menjual sebahagian besar memorabilia peribadinya melalui bidaan Facebook secara langsung.

Khalid Jamlus/Facebook [1]

Antara koleksi peribadi berkaitan karier bola sepak Khalid Jamlus yang dijual termasuk pingat, poster serta pelbagai hadiah lain yang telah dianugerahkan kepadanya sepanjang karier hampir 19 tahun dalam sukan itu.

Facebook [2]

Satu perkara yang mendapat perhatian dan kejutan netizen adalah Anugerah Kasut Emas yang berjaya dirangkul Khalid ketika membantu Perak muncul Juara Liga Perdana 1 pada tahun 2002. 

Menerusi bidaan dalam laman Facebook miliknya, Kasut Emas tersebut telah dijual pada harga RM 10,500.

Khalid Jamlus/Facebook [1]

Khalid Jamlus telah menjaringkan 17 gol sebagai penjaring terbanyak dalam Liga Perdana 1 musim 2002 yang melayakkannya merangkul Anugerah Kasut Emas.

Media melaporkan keputusan untuk menjual kebanyakan anugerah peribadinya berikutan bekas pemain pasukan kebangsaan itu menghadapi masalah bebanan kewangan dan tekanan yang agak besar selepas 3 tahun menganggur tanpa pekerjaan.

Khalid Jamlus/Facebook [1]

Kisah Khalid Jamlus menarik perhatian kalangan rakyat Malaysia seluruh negara sehingga sampai ke pengetahuan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menghubungi bekas bintang bola sepak itu untuk mengatur pertemuan dengannya secara langsung.

Khalid Jamlus/Facebook [3]

Walaupun tidak jelas pada ketika ini mengenai butiran dan hasil pertemuan itu, ia menunjukkan bahawa melalui kekuatan komuniti dan internet, beberapa masalah mungkin akan dapat diselesaikan atau diringankan untuk menjadi lebih baik. 

Masih ada sinar dalam kehidupan setiap orang dan tidak terkecuali Khalid Jamlus.

loading...