- Era Baru Malaysia - http://www.erabaru.com.my -

Terima bungkusan hadiah hari lahir selepas isteri pergi buat selamanya, suami terus jadi teramat sebak

Saat paling menyedihkan buat sesiapa sahaja ialah apabila kehilangan orang tersayang. Proses kehidupan yang semua orang perlu lalui walaupun pada mulanya hati berasa pilu dan memeritkan. 

Namun ketentuan Maha Esa tidak dapat dielak walau sesaat, maka kita perlu redha akan pemergian orang yang disayangi.

Seorang suami berkongsi di laman media sosial mengenai kisah menyayat hati beberapa bulan yang lalu apabila menerima hadiah hari lahir setelah arwah isterinya kembali ke pangkuan Ilahi.

Facebook [1]

Seorang netizen Fazmi Baharom [2] berkongsi di Twitter berkenaan seorang suami di laman Facebook Kumpulan Gunpla Builders Malaya [1] dikenali sebagai Suria Noor dalam catatannya menulis, dia menerima panggilan telefon daripada pihak penghantaran segera untuk menerima satu bungkusan. 

Apabila bungkusan itu diterima dan dibuka, perkara itu terus membuat dirinya berasa sebak yang teramat sangat kerana ia merupakan hadiah terakhir daripada arwah isterinya ketika masih hidup.

Facebook [1]

Sempena hari lahir suaminya pada 1 Mac, arwah isteri telah menghadiahkan kit idaman yang sedang dicarinya sebagai peminat figura aksi gundam. Disebabkan masalah tertentu, bungkusan tersebut telah lambat tiba walaupun arwah isteri ini telah lama membelinya.

Takdir Allah mengatasi segalanya apabila pada keesokan harinya pada 2 Mac, isteri Suria Noor telah meninggal dunia ketika melahirkan anak mereka.

Facebook [1]/Paparan Skrin

Setelah mendapat tahu kisah sedih itu, rata-rata netizen turut bersedih dan bersimpati dengan pemergian arwah isteri Suria Noor sambil mengirim doa juga salam takziah buat suami ini.

Facebook [1]/Paparan Skrin

Dalam catatan tersebut, Suria Noor turut berpesan kepada semua agar menghargai kehadiran orang tersayang selagi mereka masih ada.

loading...