Seorang remaja berusia 15 tahun, Jyoti Kumari dari India, berasa bimbang selepas mendapat tahu bapanya yang bekerja sebagai buruh migran di bandar tidak dapat pulang ke rumah selepas kerajaan India mengenakan sekatan dan perintah berkurung seluruh negara akibat Covid-19.

Jyoti mengambil inisiatif sendiri dengan tekad membawa bapa yang dikasihi untuk pulang dengan selamat ke kampung halaman, lalu dia menghabiskan kesemua simpanannya, membeli sebuah basikal dengan menunggangnya sejauh kira-kira 1126 kilometer yang memakan masa 8 hari.

Akhirnya Jyoti Kumari berjaya membawa pulang bapanya, Mohan Paswan dengan selamat.

Peekme

Terjejas oleh pandemik Covid-19, berjuta-juta pekerja migran di India mengalami kesukaran untuk bergerak dan terjejas punca pendapatan. 

Di bawah pelaksanaan perintah berkurung seluruh negara, remaja perempuan India berusia 15 tahun bernama Jyoti menyedari bapanya yang bekerja di bandar tidak dapat pulang ke rumah akibat pengangguran dan kecederaan di tempat kerja yang sedang dialami, lalu memutuskan dengan sedaya upaya membawa bapanya pulang walaupun jauh dari kampung di pedalaman.

Kedua anak beranak penyayang ini menghabiskan kesemua simpanan mereka sekitar 1,537 rupee (RM88.00) untuk membeli basikal dan perbelanjaan perjalanan pulang.

Jyoti membawa bapanya dengan menunggang basikal dari Haryana ke rumahnya di Bihar berbekalkan sebotol air dan di sepanjang perjalanan dia menggunakan telefon bimbit untuk berhubung serta melaporkan keselamatannya terjamin sehingga ke rumah.

Peekme

Perjalanan sejauh 1126 kilometer yang mengambil masa 8 hari untuk diselesaikan akhirnya menjadi kejayaan perjalanan pulang ke rumah paling mengagumkan sehingga Jyoti Kumari mendapat jolokan ‘Bicycle-Girl’.

Setelah berita itu tersebar, selain ditonton secara meluas oleh media sosial, media antarabangsa turut memperhatikan prestasi Jyoti Kumari yang luar biasa.

Jyoti mendapat jemputan untuk pemilihan atlet berbasikal dari National Team of India Cyling Union, tetapi membalas dia akan mengutamakan pelajarannya di sekolah terlebih dahulu. 

Bapanya memberi jaminan akan menghantar Jyoti untuk ikut serta dalam pemilihan pasukan kebangsaan setelah anak perempuannya menamatkan pengajian di peringkat menengah.

Ivanka Trump, anak perempuan Presiden Amerika Syarikat juga turut memuji gadis itu di Twitter peribadinya, memuji sikap Jyoti Kumari serta berasa kagum dengan prestasi dan ketahanannya sebagai belia India yang bertekad luar biasa, juga tidak mementingkan diri demi cintanya kepada keluarga.

@IvankaTrump/Twitter

Stamina kental Jyoti serta sikapnya menjadi anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapa telah mendapat perhatian meluas dari seluruh India serta dunia.

Jyoti Kumari juga telah berjaya membuktikan bakat serta ketahanannya berbasikal sehingga meraih peluang untuk pemilihan pasukan kebangsaan persatuan basikal India kelak. Semoga masa depan remaja ini terus kekal optimis dan menggembirakan.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular