Si kecil Landon baru berusia 4 tahun menerima kejutan dan pengalaman julung kali ketika dia bertemu dengan adik perempuan barunya bernama Mary.

Ibunya baru sahaja melahirkan Mary dan mahu mengabadikan momen tiada ternilai itu di hadapan kamera ketika dia dan suami membawa pulang bayi perempuan mereka dari hospital ke rumah untuk diperkenalkan kepada semua orang.

Reaksi Landon sungguh menyentuh hati dan sekiranya anda salah seorang ibu bapa, sudah pasti hati akan terasa hangat melihat hati lembut Landon apabila bertemu dengan adik perempuannya buat pertama kali.

The Epoch Times /Facebook

Landon telah lama menunggu hari penting itu selama berbulan-bulan dan dia sangat teruja untuk melihat adiknya lahir ke dunia.

Ketika ibunya memasuki ruang tamu setelah kembali dari hospital, Landon sudah tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan perut ibunya kerana ia sudah tidak besar lagi.

Landon terus bertanya kepada ibunya, “Bayi itu sudah keluarkah?”

Ibunya meminta Landon menyentuh dan merasa perutnya sambil bertanya, “Adakah ibu masih lagi memilikinya di dalam perut ini?”

The Epoch Times /Facebook

Setelah menyentuh perut ibunya, Landon menyimpulkan bahawa bayi itu tidak lagi berada di dalam perut. Maka secara rasmi dia sudah tentu menjadi abang kecil sekarang!

Bapanya kemudian membawa adik perempuan Landon bernama Mary ke ruang tamu rumah mereka dan matanya mengeluarkan sinar kegembiraan dengan kejutan melihat adiknya yang sangat comel di hadapannya.

The Epoch Times /Facebook

Wajahnya berseri-seri dengan rasa cinta menyambut adik baru.

Landon memegang tangan Mary dengan lembut dan memberinya ciuman di dahi tanda bertanya khabar dan menyapanya buat pertama kali.

The Epoch Times /Facebook

Suasana lebih indah apabila Landon diminta oleh ibu bapanya untuk memegang adik perempuannya buat pertama kali. Abang baru ini diminta duduk di sofa dan ibunya dengan hati-hati meletakkan bayi Mary ke dalam dakapannya.

Senyuman lebar yang comel terpancar di wajah Landon, pengalaman paling hebat dalam hidupnya.

“Kamu sayang dia bukan? Bukankah dia sangat comel? Adakah kamu sangat gembira akhirnya dia berada di sini? ” ibu Landon bertanya. Landon mengangguk setuju dengan pertanyaan ibunya dan adalah bayi paling comel yang dia pernah lihat.

The Epoch Times /Facebook

“Abang sayang kamu!” luahan hati tulus ikhlas Landon sambil memeluk adiknya.

Landon terus teruja untuk membantu ibu bapanya menjaga Mary dengan penuh kasih sayang.

Seterusnya, Landon meletakkan selimut di dalam buaian yang disediakan untuk Mary dan terus berada di sisi adik kesayangan yang baru dikenalinya.

The Epoch Times /Facebook

Ketika Mary tiba-tiba menangis kerana tidak selesa, Landon berkata, “Jangan menangis, ini hanya buaian!”, membuat semua orang ketawa.

Benar-benar abang penyayang yang sangat comel!

Ibu bapanya kemudian menjelaskan kepadanya tentang tanggungjawab baru Landon menjadi abang.

The Epoch Times /Facebook

Landon tahu bayi Mary tidak tahu bagaimana untuk bercakap, jadi mereka memberitahunya bahawa dia harus membantu mengajarnya. Di samping itu, mereka menjelaskan bahawa Landon boleh mengajarnya segala macam perkara lain juga, seperti cara menggosok giginya kelak. Walaupun Landon tahu dia harus menunggu gigi adiknya tumbuh terlebih dahulu.

Landon kemudian membantu ibu bapanya menyusukan Mary.

Sambil Mary minum dengan matanya terbuka berasa selesa dilindungi bersama abangnya, Landon yang memeluk erat dan menciumnya dengan kasih sayang. 

The Epoch Times /Facebook

Kasih sayang bersaudara buat pertama kali yang ditunjukkan menjadi amat indah.

Tiada keraguan dalam fikiran bahawa Landon akan menjadi abang penyayang yang luar biasa hebat serta sentiasa akan melindungi adiknya dan menjadi teladan buat adik-beradik lain ketika mereka terus membesar kelak.

Terdapat banyak cabaran untuk memperkenalkan bayi baru lahir kepada anak-anak yang lebih tua. Menurut Mayo Clinic, salah satu cara yang baik untuk mempersiapkan anak berusia antara dua hingga empat tahun kepada perubahan yang pasti akan berlaku adalah dengan melibatkan mereka dalam urusan menjaga bayi. 

The Epoch Times /Facebook

Perkara ini akan membuat si abang atau kakak kecil berasa dihargai dan penting kerana dapat terlibat sama dalam tugas mengasuh bayi dan ia memupuk sikap bertanggungjawab dalam diri mereka.

Keluarga ini sudah pasti mengikuti nasihat itu dan Landon telah melakukan tugasnya sebagai seorang abang dengan baik.

Tonton video di bawah :

The Epoch Times Canada/Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular